Wednesday, December 29, 2010

Run For ur Life!!

kena kejar anjing :S

okaay,hari ni rumah aku ada sedikit kemalangan coz saluran paip tersumbat n air bertakung sana sini -.-

so,kami terpaksa panggil plumber dtg rumah
haha,sumpah rasa mcm duduk dlm swimming pool doh bila rumah punya paip bocor
nasib baik dapur je yg banjir,kalau satu rumah banjir,mampus aku -.-

oleh disebabkan dapur kitorang banjir,mama aku x dpt nk memasak
jadi akibatnya kami sekeluarga terpaksa lah berlapar.

duhh,mula2 boleh la tahan.
but bila dah petang,fuh.. perut berbunyi mcm speaker doh!!

jadi,aku pun decide untuk keluar cari makanan kat warung/restaurant mana2.
papa pergi kerja,so aku kena pergi sorang2.

dngn hanya berbekalkan duit beberapa ringgit dan bertransport kan basikal,
aku pun pergilah mencari makanan.

ouh,fyi,aku x de lesen. that's y lah aku naik basikal -.-
old school doh!!

jadi aku pun berbasikal lah mencari warung makan,
hampeh,asal nasib aku malang ntah -.-
aku jumpa hampir 3 atau 4 kedai makan tapi semua tutup!

namun usaha aku untuk mencari makanan demi keluarga tetap tidak berakhir.
biar putih tulang,jangan putih mata!
(aku ckp mcm zaman perang dulu je -.-)

so aku pun 'drive' sampai kat satu rumah kedai ni
hampeh,dh macam cerita hantu pulak.
nama je rumah deretan kedai2,tapi semua TUTUP!

tiba,aku terdengar bunyi nyalakan anjing.
dngn begitu cemas aku toleh belakang,aku nampak seekor anjing cokelat.
comel!

tapi percayalah,kecomelan anjing tu semua hilang bila dia tunjuk kan taring dia n kejar aku mcm daging mentah
aku pun dh x fikir apa2,aku terus kayuh selaju yg boleh!

tapi mungkin anjing tu anjing liar,kuat nk mampus!
aku naik basikal,dia lari je,tapi jarak kitorang dekat je -.-
masa aku tngh panik kayuh basikal,aku toleh sebelah kanan.

FUYOOO!!!
ada lagi sekor anjing join aksi kejar mengejar bhaii!!
tapi anjing kali ni LAGI BESAR!!

aku dh rasa mcm nk mengucap pun ada time tu -.-

haihh,masa kita panik memang x boleh fikir dngn waras
aku TER kayuh basikal ke arah JALAN MATI

kat depan aku dah x ada jalan
n jalan yg aku ada ialah berpatah balik.

malangnya kat belakang aku ada dua ekor anjing yg lapar -.-

agak2 kalau jadi kat korang,korang nk buat apa?

mulut aku petah berkata-kata "fuck fuck fuck FUCK!!!!!!"

tiba2,aku terdengar bunyi seorang uncle cina
dia seperti bersiul memanggil anjing tu.

fuh,memang hebat lah uncle tu!
dia berjaya menyelamatkan aku :)

haihh,kalau xde uncle tu,insyaallah aku kena samak satu badan

thanks uncle :)

lepas anjing tu bla,aku dh terlampau takut smpai bawak basikal pun mcm mabuk je.
so aku pun balik rumah tanpa sebarang makanan. -.-

sori x de gambar coz aku terlupa nk suruh anjing dua ekor tu senyum sambil tunjuk 'peace' masa dia kejar aku -.-

Monday, December 27, 2010

Street Performance :)

Your Guardian Angel :)


today was an another perfect day to practice guitar at public :)

aku n izzat pun plan lah nk main guitar lagi.
(for those yg x baca post "guittar dan bowling",sila baca dulu)

but tadi kitorang main dekat dataran ipoh,so mcm gilaaa babi cool!
ye lah,orang lalu sana sini sambil tngk dia ajar aku kan?
haha,tapi bukan ada orang lalu pun time tu,so nothing to be amazed lahh.

so we continued with our practice, iaitu lagu Your Guardian Angel
well, this is our plan, bila aku dah berjaya mahir main lagu tu,kitorang nk buat video cover n post kt utube,fb n mcm2 lagi.

well,who knows if one day ada mana2 song producer tngk vid kami n nk jadikan kami artis kan? :P

so aku pun dngn penuh semangat belajar main lagu tu
haha,izzat kata aku dh boleh main cuma perlukan latihan je.

fulaweeei!
in couple of weeks,insyaallah we'll make the vid :)

at first,kitorang main guitar macam biasa je

then suddenly,ada sorang pakcik Hindu pop out from nowhere (serious!)
aku pun tak perasan bila masa dia muncul dekat kitorang

pakcik india : helooo! kamu pandai main aaaaaa musik ka?
aku n izzat : *terkejut sambil gelabah simpan phone,wallet yg bertaburan kat atas lantai*
pakcik india : ouhhh,awak jangan takuuuuut. saya orang sini. saya orang baik. tak ada jahat2 punyaa. saya datang sini tengok awak main musik. awak pandai main gitar?
aku : err,saya tak pandai,dia ni pandai! *tunjuk kat izzat
pakcik india : haa,kamu main lagu ni. *nyanyi* ku peluk pinggang mu,ku cintai mu..~


kuussss semangat.
dah la pakcik tu totally stranger,then boleh lak dia menyanyi kat kami
kalau menyanyi je x pe gak,ni dia pegang bahu aku n senyum kt aku sambil nyanyi.
fuh,terasa mcm jadi mangsa gay lak -.-

izzat : mana saya tahu main pakcik -__-
pakcik india : alaaa, fret c. pastu a.
izzat : ok2 saya cuba. * main gitar sambil pakcik tu main*
aku : *senyum menahan gelak *

beberapa minit kemudian
ada duaa org lelaki datang kat kami pulak

lelaki A : haa,pe cer ni?
aku : haa,pakcik ni suruh kami main gitar kt dia ni
lelaki B : haa,main lah. alaa,kami pun nk dngr
lelaki A : korang x boleh segan2 ni. nanti mcm nk buat show dpn org ramai nanti? haa,test kat kami dulu.

aku : oi izzat ko main laa
izzat : main lagu apaa?
aku : alaa,ko tibai je main lagu your guardian angel tu!
izzat : ok2. *start main dari mula sampai habis*

fuhh,sumpah sedaap gilaa dia main.
dia main sambil menyanyi so mcm complete pakej lah!
suara sedap + pandai main gitar

lelaki B : sedap jugak budak ni main
pakcik india : tch tch tch tch.... bagus bagus! sedaap!
izzat : *buat muka bangga
lelaki A : eh,kami bla dulu la. ada hal ni * lalu bla dari situ
pakcik india : saya orang x ada rumah. x ada duit. nah ambil calender ni sebagai hadiah kat kamu kerana main lagu untuk saya
aku n izzat : thank u uncle

izzat : weyh,kita kena bla ni,wayang dh nk start! 
aku : ahh ye ye! k lah kami gerak dulu,bye!
pakcik india : haa ok ok.\

hahaha,niat asal nk practice guitar. tapi x pasal2 kena buat free show -,-
siap dapat calender 2011 free lagi tu!!
tapi izzat kata dia nk buang,sebab kalau pakcik tu voodoo dia guna calender tu,susah nnti!
haha,lagipun kt calender tu ada gmbr dewa hindu kot
jadi memang rasa suspicious sikit lah nk simpan benda tu -.-


pakcik rocks!


Sunday, December 26, 2010

Memancing -.-

p/s : memancing sngt menguji kesabaran

haha,hari ni kami sekeluarga pergi memancing dkt satu bekas lombong dkt area Gopeng,Perak.
Bekas lombong ni dulu pernah jadi kolam ikan,so ada la org yg jaga ikan2 tu.
then,disebabkan ada sedikit masalah (aku x tahu apsal) pihak yg bertanggungjawab telah membiarkan kolam ikan ini begitu sahaja tanpa dijaga.
so,tempat ni terbiar n bnyk ikan2 dlm kolam ni :)
(paham x?)

ouh,ni semua idea mama lah yang nak pergi memancing tiba2 -.-
oleh sebab dia teringin nk memancing,kami pun ikut sekali.
al maklumlah,kami kan anak yang baik2 belaka?
(credit to : ahmad amirul,lailatun najua,ahmad thibraani)

then kami pun pergi je lah memancing skali
tapi kami pergi dngn kawan mama,makcik shida.

tuuu diaa! tempat memancing nya nun jauh kt pedalaman
memang  x de bangunan lah kt situ.
but even ada pokok n hutan je, line maxis penuh bhaii,
fuh,hebat betul maxis ni,dalam hutan pun ada coverage *promote maxis*

duhh,kat sana penuh dngn nyamuk + lalat
tapi redah je laa,nk pancing punya pasaal -.-

FYI,aku sekeluarga memang fail sikit bab2 pancing
sampaikan nk pasang joran pun terkial-kial 
so tadi terpaksa lah aku menebal kan muka dan menimba ilmu memancing serba sedikit dngn suami makcik shida tu
haha,segan jugak lah tadi,especially bila anak2 dia yg berusia dlm lingkungan 8 atau 9 tahun selamba badaak je pergi pasang pancing sendiri.

lepas tu,aku pun pergi lah pasang pancing dngn harapan dpt ikan -.-
okaay,first2 mcm best laa,tunggu ikan pun hepi je 

baru lepas baling pancing

haa ini situasi sebenar :

5 minit pertama : aku duduk bertapa je depan joran pancing tu. panas terik matahari pun aku x kisah sebab excited nk memancing punya pasal

10 minit pertama : aku start berpeluh n mulaa mencarut serba sedikit

15 minit pertama : anak makcik shida menjerit kegembiraan sebab dapat ikan.

20 minit : aku bercadang untuk tukar tempat memancing sebab fed up x dpt ikan langsung

30 minit : anak makcik shida dapat ikan kedua n aku start jeles lalu berlakon depan kamera -_______-

ikaaan besaaaar!!! :P

40 minit : aku tarik pancing. umpan aku habis dimakan tapi ikan haram aku dapat.

beberapa minit kemudian : makcik shida dapat ikan lagi sekor. dan aku mula fed up -_____-

dua jam kemudian : hari dh nak dekat maghrib n kami terpaksa balik -.-

setelah sehari suntuk aku duduk memancing,sekor ikan pun x dapat -____-
haihh,pelik betul. bila aku main game memancing kt Jusco,bukan main hebat lagi.
tapi bila pancing betul2,tarik ikan pun aku x merasa.
sedih betul -.-

duhh,lepas ni kena pikir dua tiga kali jugak lah kalau nk memancing -.-

tapi last2 makcik shida bagi juga sekor ikan kat kami.
jadi lah,boleh kelentong org ramai yg kami dapat ikan sekor time memancing tadi

ikan tu besaaar!!
kalau x silap aku,ikan tu ikan paten kot.

meet Bubu :)


besaar kan?
seronok betul dpt ikan ni,eventhough org yg kasi.

haha,first2 kami ingat nk pergi beli ikan kat tesco je,then nk mengaku yg ikan tu hasil pancing kami :P
kami dah dpt ikan ni,jadi laah untuk dijadikan buah mulut dkt jiran tetangga :)

p/s : almost sume org percaya yg aku pancing ikan ni :P


detik2 terakhir bubu sebelum jadi tompoyak :'(

Friday, December 24, 2010

Guitar dan Bowling

meet Izzat :)

Fyi,aku tngh belajar mcm mana nk main guitar.

ouh,jngn suruh aku main dpn korang, nanti korang pening kepala pulak sebab dngr melodi indah guitar aku -.-

tadi,aku n izzat plan nk pergi parkson sama2.
okaay,at first,kitorang janji nk main guitar sama2 kt sana.
so aku dngn penuh semangatnye bawak lah guitar pergi parkson.

fuyooo,sumpah bangga dowh bawak guitar jalan2 kt dalam mall.
almost SEMUA org tngk aku mcm " woahhh,budak tu ada style! " <-- nk perasan jap
eceyhhh,bajet mcm aku pro je main :P

after aku sampai kat parkson,kami jumpa dkt food court.
ouh,dia bawaa adik dia skali >:)
adik dia nama nuriz.

beside diorang,annis pun ada datang juga tadi.
dia kawan lama mrsm lenggong aku dulu.

Nuriz n Annis :)



enough with the introduction;

then kami pun lepak2 je lah kat sana.
sembang2 pasal hal masing2.

dan aku baru tahu satu fakta yang gilaaaa menarik!

mak izzat kata,semasa baby,izzat dan aku baring atas katil sebelah2 dalam bilik baby kat hospital.
technically, kitorang dah start berkawan sejak nyawa kami berusia sehari lah kan?

fuyooo,korang ada ke kawan mcm tuu?
x de kan? bwuahahaha,*syok sendiri jap*

then kitorang pergi tempat bowling.
aku nak belajar main guitar dngn izzat kat sana n nuriz dan annis nk main bowling.
so,just kill two bird with one stone je lah kan?

best jugaa lah main guitar dekat tempat bowling.
ramai ahmoi n org ushaa bhaiii! :P
hahaha!

tadi dia ajar aku main lagu Your Guardian Angel.
sedaap jugak lah dia main.
but bilaa aku try je,duhh.. mcm bunyi apa je -.-

bowling pulak lagii laa aku terok.
disebabkan dh berkurun lamanya aku x sentuh bola bowling,aku rasa maybe tangan aku dh pengkor kot.
alahaaiii,nk dapat 60 pun berpeluh aku dibuatnya.

bukan apaa,asaal turn aku baling je mesti bola tu masuk longkang.
haha,maybe lane tu x nk bagi aku menang kot -.-

kadang2 geram juga rasanya bilaa tngk org lain dapat strike sume.
haihhh,KALAU BOLEH la kann,aku nk bawak lastik la masuk bowling.
senang sikit,kalau aku nk strike tembak dari jauh je.
GERENTI sume jatuh!

haha,tapi xpe,si nuriz n annis tu pun sama spesies je dngn aku.
cuma si izzat tu je yg tercundang sikit.

hampeh la,before main dia gak yg beriye-iye kata x reti main.
but bilaa main je,dia paling highest.

daripada atas : annis,nuriz,mard,zhafirul izzat



ptuihhhh,lepas ni jangan percaya kat org yg ckp " weh,aku x reti main bowling laa"

tuu suma pembohongan semata-mata :P

kitorang duduk kt parkson kejap je
dalam 2 jam,then pukul 5 sume kena blahh -.-
so aku pun terpaksa laa balik skali.

hey2,sampai2 rumah je aku terus training main guitar tau!


note : korang jangan terkejut kalau muka aku keluar tv jadi pemain guitar professional!

Thursday, December 23, 2010

Interview McD :)

tngh kena interview :)

woohoo!
minggu lepas aku ada mintak kerja dekat mcD tambun kan?
oh,kalau korang belum baca post "job hunting lagi",sila click kt link ni.
haa,hari ni dia panggil aku untuk interview :)

perghh,aku agak excited lah jugak.
ye lah,jarak mcD dngn rumah aku,alahaiii,sekangkang kera je!
naik basikal pun boleh sampai.

so,disebabkan aku over excited and nak make sure kan aku betul2 dapat kerja tu,
aku pakai kemeja tau!
ceyhh,nak jaga perterampilan lah konon.
yalaah,bak kata cikgu : " first impression org kt kita penting!"

jadi,aku pun masuk dlm mcD tu n berjalan seolah-olah professional.
then aku jumpa lah sorang kakak mcD ni,dia kata kalau nk interview,tunggu jap coz kena panggil manager.

beberapa minit kemudian,manager pun dtg n duduk depan aku.
oh btw,lelaki mcD dlm gmbr kat atas tu lah manager nye.
(aku memaaang suka tangkap gmbr manager,senang sikit kalau aku nk voodoo diorang kalau kes 'brian' berulang kembali)

sesi interview ;
manager : ini ahmad amirul kan?
aku : ye saya *senyum kambeng
manager : haa,awak tinggal dkt sini je kan?
aku : aah,jadi senang lah kalau saya nk dtg kerja kat sini sebab jarak rumah saya kat sini,naik basikal pun boleh
manager : ouhh,mcD dekat sini 24jam tau. jadi awak tak kisah kalau terpaksa kerja dalam pukul 12 mlm hingga 7 pagi?
aku : ouh,boleh je tu. lagi pun saya dah biasa tido lambat2 ni
manager : haa baiklah,nanti dalam tempoh masa seminggu ni saya akan telefon awak untuk bagitahu keputusan.
aku : haa? dah habis dah interview?
manager : aah,dah habis dah

aku terkesima seketika.

hek eleeeh,aku ingatkan interview mcD susaah.
ni interview x sampai 5 minit pun.
ceyhh,penat2 aku seterika baju kemeja sampai x de kedutan langsung

tapi x pe lahh,asal kan interview aku berjalan dngn lancar.
kepada sesiapa yang baca post ni, sila baca doa kat bawah ;
" bismillahhirahmannirahhim,bagilah ahmad amirul dapat kerja kat mcD tambun. amiin"
:)



Wednesday, December 22, 2010

Reunion Sekolah Rendah :)

scenery from the rooftop :)


hari ni agak menarik :)
yalah,kitorang ada buat reunion sekolah SK Sri Kinta kat Jusco.
perghh,jarang kan nk jumpa org buat reunion sekolah rendah kebekalangan ni?

aku serious janggal gile time jumpa diorang.
dh 6 tahun x jumpa,then bila jumpa balik sume dh transform jadi dewasa!
and almost semua lah jugak aku terlupa nama tadi.
haiyoo,short term memory punyaa budak.

oh,x ramai sngt yg datang coz kebanyakkannye bz pasal cari kerja -.-

eventhough tadi kitorang x buat bnyk sngt benda,tapi best lah jugak.
most time,kitorang lepak2 je.

haa,waktu first2 berkumpul,kami lepak kat food court.
bukan makan pun,borak2 je.
haha! sungguh Thaqif lawak gila!

aku dh sakit perut dah sebab gelak kat lawak2 dia.
maybe nanti dia boleh masuk raja lawak kot.

btw,ada sorang gadis ni.
dia ex sri kinta lah. dia senyap je kt foodcourt.
n i was TOTALLY forgot about her.
even muka dia pun aku x cam mula2.

siapa ingat nama dia? tolong bagitau :)

oh,tengoklah dia. malu2 je depan kamera.
one day nanti maybe boleh jadi wanita melayu terakhir XD

then after sembang2 kat situ,kami pergi naik rooftop jap.
haha,memang bergambar je lah kami kat sana -__-
dah la cuaca panas terik! 
seolah-olah tiada awan yang memayungi bumi tau!

tapi x kisah la,gambar punya pasal,peluh satu badan pun kami sanggup.

Dari Kanan : Fatin,Mirul,Raheena,Boolat,Najwa,Waddah,Ain,Danial

Dari Kanan : Faris,Azam,Amirul,Thaqif,Fatin,Raheena,Waddah,Boolat,Najwa,Ain,Danial,Mirul(aku)
 
 
Pandai2 la korang teka nama kitorang -.- (pnt tulis)

 to make the story short,kami pergi tngk cter 'Aku Masih Dara'
ouh,bak kata Thaqif,cter 'Ko Masih Dara', <--(kalau korang paham baguslah)

cter tu boleh laa.
dia sebijik macam Syurga Cinta but versi pompuan jahat.
but kussss semangat. malaysia dh pandai buat cter2 NAKAL XD

haha,lepas tngk wayang. kami jalan2 kejap.
then balik.

walaupun mcm kejap n x bnyk sngt benda yang dilakukan,
bagi aku seronok lah jugak coz dpt jumpa kawan lama :)

oh,reunion seterusnya kami plan nk kuar pakai kain batik or kain pelekat ramai2 >:)

Former student of SK Sri Kinta

btw,ada berdozen lagi gmbr reunion dkt profile fb aku.

Tuesday, December 21, 2010

Job Hunting >:)


 
Fauzan Hakimi

wokeeyh! 
macam korang tahu,aku baru lepas direject oleh brian <3 -_____-
(kalau korang x tahu,sila baca post "kehilangan kerja")

so,tadi,sementara aku teman jimmy dating. aku ajak bestfren aku pojan untuk melakukan sedikit job hunting.
banyak jugak lah yg kami apply.

so,kepada budak2 ipoh yg nk kerja dkt jusco, sila baca ni.



Padini
ini yang paling simple!apa yang korang patut buat ialah,korang masuk kat kedai Padini (jusco) n terus pergi kat cashier. then korang terus tanya "ada kerja x kat sini?" nanti akak cashier tu akan bagi satu kertas.tulis je kertas tu. nanti KALAU ada rezeki diorang akan contact korang :)


Kentucky Fried Chicken (jusco)
okaay,first2 korang masuk KFC,then pergi cashier. macam biasa tanya je kat akak/abg cashier tu " abg,nk kerja dekat sini boleh?" nanti dia akan bagi borang mcm kt sebelah ni. korang isi dan hantar. dalam masa dua atau tiga hari,diorang akan panggil untuk interview.


McDonald's (jusco)
mintak borang kerja dkt kerja. then korang akan dpt borang biru ni. isi je. btw,borang McD PALING complicated sebab bnyk benda bodoh2 yg dia mintak seperti alamat n no tepon sekolah. tapi kalau korang x tahu,tibai je. then hntr. kalau nasib baik,manager akan interview korang time tu jugak!


Pizza Hut (jusco)
haa,mintak borang kerja dkt cashier. then isi. borang pizza hut x complicated sngt,so tak payah la nk pening2 kepala. gaji dkt pizza hut RM3.50 sejam. so,agak sikit lah jugak kan? alaaa,kalau korang kerja 12 jam sehari,tinggi lah jugak gaji korang :)


Sushi King (jusco)
aku berani bet korang x pernah makan kat sini kan? yalah,siapa yang tergamak nk menghabiskan berpuluh-puluh ringgit semata-mata nk makan segumpal nasi? tapi jngn risau,ko masuk je restaurant ni n mintak borang kerja mcm biasa. then hntr. diorang akan interview korang x lama lagi.


Jusco Kinta City.
ni paling susah sikit nak cari. first,korang tahu kan balai polis dkt laluan masuk jusco tu? alaa,dkt dngn parking motor. korang tanya je mana2 staff yg korang nampak kat situ. tanya " akak/abg,mana nk mintak kerja kosong kt jusco?" nnti diorang akan tunjuk satu tmpt. agak private sikit tempat tu. kat tempat tu ada satu kaunter. korang mintak borang kat situ. Borang
boleh diambil sebelum pukul 5 petang! isi dan hantar


McD (giant,tambun)
kepada sesiapa yang tinggal berhampiran dkt2 sini,sila apply kerja ni. kita kerja sama2 tau nnti! borang dia sebijik mcm mcD jusco punya. isi je,then hantar. manager mcD slalu ada kat situ,so kalau dia free,dia terus interview korang. pakai baju cantik2!!



okaay
selesai sudaah job hunting aku hari ni.
sila jadikan post ni sebagai guide korang.
nanti kalau aku ber-job hunting kat parade or greentown mall,aku bagitahu.

btw,sila follow blog ni. sekian terima kasih :)

teman kawan dating -.-

meet ziafnitaf.
okaay,hari ni faiz jimjali dtg ipoh.
btw,dia punya nickname is jimmy 

oh,jangan salah paham. dia datang kat ipoh bukan sebab aku tau.
dia datang sebab nak jumpa dia punya gf je :)
HAHA,romeo jiwang punya budak.

ouh,jangan cakap lah mcm mana aku kat sana masaa diorang dating.
aku dh jadi mcm tunggul kayu tau.
yalahh,kalau dh gf bf jumpa,hantu kat sebelah pun diorang nampak "cupid angel"

but takpelah. al maklumlah,jimmy dtg jauh2 dari KL. 
so macam x manis pulaa kalau aku x teman diorang.

before that,meh sini aku perkenalkan gf dia.
nama gadis tersebut ialah Fatin.

tadi dia bawak kawan dia,Iman namanya.
btw,iman tu POMPUAN tau.
jangan korang ckp iman tu nama untuk lelaki je (sebab dulu aku pun ckp mcm tu) :P

iman tu well looking lah juga.
macam budak2 n kurus keding -__-

ntah hape2 betul si pasangan kekasih dua org tu,ada ke pulak nak kenakan aku dngn iman?
habis dia shy2 cat n lari2 daripada aku (aku rasa laa)
(sebenarnya aku pun shy shy cat XD)

okaay,faiz n fatin sumpah pelik.
most couple akan bawak gf/bf diorang tngk romance movie or anything yg best lah.

tapi diorang tngk Hantu Mak Limah Balik Kampung
tuuuuuu diaaa! kalau steven spielberg tngk komfem dia menangis -.- (paham2 je la kan?)

tapi x pe,kita perlu menyokong industri filem tanah air kita!
semangat Malaysia!!! (patriotik jap)

then after tngk wayang,kami makan mcD.
diorang kata diorang lapar.

okaaay,aku order Quarter Pounder tadi.
one of my fav dkt mcD :)

then jimmy order ape ntah
n fatin dan iman SHARE double cheeseburger.

btw,aku kuat makan.
so setakat quarter pounder tu,hek elehhh. 10 minit je lah habis :P

the best part is,perasan tak aku capital kan 'share'?
haha,diorang kongsi makan sebab diorang x larat makan -__-

fatin : iman,makan la ni.
iman : ehhhh,tak nak lah! tu kau punya!
fatin : alaaa,aku x larat la nk makan. kita share kan?
iman : x bolehh,aku makan kalau aku ada mood je. skarang aku tngh x de mood nk makan.

last2 burger tu mcm baru beli je -__-
x terusik langsung.
eyy,arwah hamster aku pun makan lagi bnyk daripada diorang tau!

haha,maybe diorang takut gemuk kot.
x pe lah,asal kan diorang happy :)

last but not least,si fatin n jimmy tu memang agak sweet kapel la.
kalau diorang x kawen nnti,trust me. aku nk gelak guling2 atas padang. haha!

beramah mesra -_____-



Monday, December 20, 2010

Kehilangan kerja -____-

one word : FUCKCELAKAHARAMJADAH.

sebelum baca post ni,sila refer dkt post "dapat kerja" kat blog ni.

okaay seperti yang korang tahu,aku PERNAH dapat kerja dekat popular bookstore
then baru2 ni, Brian (manager popular) col aku.

Brian : hello,is this mr ahmad?
aku : yes,ahmad's speaking.
brian : ahh ahmad, i'm brian from popular bookstore. i want to say we had to cancelled ur applicants.
aku : HAAA???! why?
brian : so it means u won;t work with me anymore. that's all i want to say. bye
aku : oii why?? *dia letak tepon*

apaa? kau ingat aku nak sngt ke kerja dngn kau? ptttuuihhh!
aku boleh kerja dngn org lain laaaa.

grr,geram betol rasa nye.
ada sesiapa yang boleh tolong aku bakar popular bookstore ipoh parade?

BELOVED brian


Trip to Hattyai


   
meet Mr Teddy -.-


hey,I'm back! :)
okie dokie, first of all, nampak teddy bear kat atas tu? aku DIPAKSA untuk tangkap gmbr dngn teddy tu.
So,stop questioning urself with questions like " mamat ni lembut ke? " get it?


duhh,about hattyai thailand. it is not like u think for -.-
hmm,before aku sampai dekat sana,i was imagining myself yang kat sana ada maknyah n lots of bapuk jalan sana sini sambil cari rezeki.
yalah,kat sana transeksual mudah kan?

but when aku sampai kat sana,duhh. suma benda tulis dalam bahasa "jawi" diorang.
aku mcm rusa masuk kampung jugak lah. perak dngn benda sana sini.
dan orang kat sana orang2 dia seolah-olah macam tak tahu ckp bahasa lain selain daripada bahasa thailand diorang -__-
haa,kalau dekat malaysia,org chinese slalu tercakap cina dngn aku coz maybe muka aku mcm cina lah kot.
then kat sana,ketika aku tngh merayau seorang diri. ada sorang makcik thailand yang innocent ni menegur ku.

Makcik Thailand : " kapungkap keletak tangkup tingkaaap?" <-- bahasa thailand
aku : " I'm sorry but I'm malay" *senyum gatal sikit*
Makcik Thailand : " ouhhh,@#$%&*%$#$%^&*%$#???" <---bahasa thailand
aku : haha,aku tak paham lah apa ko ckp -__- <-- cakap sambil senyum 
then aku terus bla
haa,makcik tu x pe lah. ye lah,dia penduduk biasa je kan?
kalau kat malaysia pun,ada jugaa penduduk yang x reti nk berbahasa inggeris.
tapi the best part is, pusat immigration dia pun tak reti bahasa inggeris! HAHAHA
dia ada tulis something kat atas board yg berbunyi seperti :

"Whoever brings or take an ALIEN entering into the KINGDOM or does anything which help to assist an ALIEN in making entry into the KINGDOM shall be punished by imprisont not exceeding 10 years and/or fine not exceeding 100000 baht"

p/s : aku salin SEBIJIK dngn apa yang diorang tulis -.-

MAYBE,apa dia nk cuba sampaikan ialah,siapa yang membawa pendatang asing tanpa izin akan didakwa kot.
but istilah ALIEN tu serious x boleh bla.
tahulah pendatang asing,but bukannye makhluk asing! dinggai punya thai -___-

kat hattyai tu mcm uptown je. x de lah best mana pun.
siapa yang berjiwa pasar malam memang patut datang la.
but for those yang suka Gucci,guess?,Louis Vuitton dan sekutu dengannya,lupakan je la.
better korang menabung lebih sikit pergi kat negara2 yg dah membangun.

eventhough kat sana mcm uptown,for me floating market is quiet interesting.
nama floating market tu diberi sebab kebanyakkan penjual kat sana naik sampan n jual atas air.
(tapi kita x payah naik sampan pun kalau nak beli barang diorang)
ayahku yang buncit 

makcik2 yang tngh jual barang atas sampan -__-

floating market!
haha,barang2 kat pasar terapung tu agak murah.
sebagai contoh,nampak tak air yang akak aku minum tu?
tu air kelapa yang dijual dngn buluh tu sekali. RM2 je.

kat floating market ni kebanyakkan nye jual makanan je.
ada lah sosej,kerabu dan sebagainye.
but benda tu dah biasaa. yang aku sukaa kat situ,ada geria jual serangga goreng bhaiii!!!

macam2 jenis serangga adaa.
korang nk apa? lipas goreng? riang2 goreng? belalang goreng? sume ada lahhh!

and aku ada laa beli belalang goreng sikit sebab nak rasa.
SERIOUS aku makan! bukti ;

riang2 goreng <3

pedulikan muka aku yg mcm tahi tu. TENGOK! aku makan belalang!

okaay,skarang mesti korang nk tanya, " macam mana rasa seekor belalang gorang?"
hmm,secara ringkas nye, rasa belalang sebijik mcm udang kering.

kalau nak detail nye.
bila korang gigit belalang dalam mulut korang,cecair haemolymph dalam belalang akan pecah n terkena lidah kau.
time tu korang akan rasa pedas2 sikit n ada rasa macam udang.
n bila korang telan belalang tu,korang akan dapat rasa kaki belalang seolah-olah tersangkut kt tekak korang
dan time tu korang akan buat tarian hawaii sebab geli sangat! (kisah benar daripada pengalaman aku)

oh btw,belalang HALAL.
so jangan nk ceramah aku kataa belalang haram -__-
kalau tak caya pergi tanya mufti.

hmm,apa yang menarik kat sana lagi ya?
oh ye,aku terjumpa kawan lama,Fatin Nadrah.

dia kawan sekolah rendah aku.
ceyhh,masa aku merayau-rayau dekat malaysia,x de pun aku jumpa diaa.
bilaa aku merayap kat tanah orang,tbe2 ada dia.

malangnye aku terlupa tangkap gambar dia -.-
xpe lah,nanti reunion aku tangkap gmbr dia n tunjuk kat korang.

haha,then aku rasa xde pape yg menarik sngt pun.
coz lepas tu aku balik hotel n terus tdo.

End of my Vacation

Friday, December 17, 2010

Holidays :)

Greeting Friends :)

now i am proudly announce that i will not update my blog for almost 3 days.
sorry for the inconvenience

i'm heading to Hadyai,Thailand with my family this midnight.

hope you guys will wait for me :)
as for return,i'll write n post some pictures of my vacation later :)

keep going with my blog,will ya?
thanks.

Thursday, December 16, 2010

Dapat Kerja :)

Popular Bookstore

woohoo! finally aku dapat kerja!
okaay,tadi masa aku dngn fadhil jalan2 dkt parade (please refer to 'ipoh parade' post),kitorang masuk popular jap.
aku la ajak dia,aku ckp aku nk tngk ada kerja kosong x?

masuk2 je popular,kami terus pergi kat cashier n tanya ada kerja kosong x?
then ah moi cantik tu pun ckp,"u pergi tanya dekat itu pejabat belakang sana"

dengan hanya melemparkan senyuman,aku terus pergi kat office tu.
ketuk2 je pintu pejabat,ada aunty tanya, " #$%^&*%??" <-- bahasa cina
aku pun balas " i'm malay"
aunty pun menjawab " aiyoo, sorry r. haa,u mau apa?"

then aku pun ckp la aku nk kerja kat sini,n dia pun bagi satu borang ni.
serious banyak kena isi -__-

then after isi borang tu,aku pun bagi balik borang tu kat pejabat.
lepas tu terus manager popular panggil aku. interview terus! 

btw,tngk balik gmbr kt atas ni.
ada lelaki cina tengah jalan keluar dari popular kan?
itulah manager popular! (aka boss aku -.-)
nama dia brian.

brian pun tanya aku beberapa soalan.
haha,xde lah susah mana soalan dia.
setakat soalan " u sanggup tak bla bla bla?" " u sanggup tak ni ni ni?"
n jawapan aku " saaanguuup!"

then dia pun bagitahu gaji.
sebulan RM700,tak termasuk overtime.
so,kalau termasuk overtime,should be more lah kan?

n part yg susah sikit working hours dia lah

seminggu kena kerja lima hari
dalam lima hari tu, tiga hari kena kerja dari pukul 10am - 10pm.
hari berikutnya 10am-6pm ataupun 1pm-10pm

fuh,12 jam bhaii. 
tapi lantak lah,duduk rumah pun boleh buat apa je. bosan je
baju kerja sume diorang akan sediakan.

haha! welcome to adulthood mard!
brian cakap,"tahniah,u boleh masuk 1st january ni"

aku terus sms family aku ckp pasal kerja ni.

guess what?
mak aku ckp " gaji pertama untuk mama kan? adat istiadat lah katakan"

i will mom,i will :)
(tapi bukan sume!!)

Ipoh Parade :)

old classmates



today i went to ipoh parade.
for those yg x tinggal kt ipoh mesti tahu ni. ipoh hanya ada dua pusat lepak yg best,satu jusco,lagi satu ipoh parade AKA parkson.

Tadi Fadhil ajak pergi sana,so aku n dia pun pergi lah.
kitorang x plan sngt pun nk pergi parade hari ni,saja2 je nk jalan.

then time kitorang tngh jalan2,fadhil ckp dia nmpak puteri.
okay,i was a lil bit excited. haha,before i continue this story,let me tell u who is Puteri.

puteri kawan baik aku masa aku kt MRSM Lenggong.
dia ni agak best jugak lah. bukan apa,aku slalu buli dia :)
x de la buli teruk sngt,just ketuk kepala dia n slalu amik barang2 dia je.
oh,aku ingat lagi dia pernah menangis sebab aku.
dulu,dia ada bawak cokelat dtg kelas. BANYAK!
aku pun terus rampas cokelat2 tu dari dia n pass satu kelas.
bila cokelat tu smapai balik kat dia,dh tinggal satu je.
dia terus menangis -__-
haha,aku cuak juga lah time tu. but bila aku nk pujuk dia je,dia terus gelak smabil menangis.
haha,sumpah pelik -__-
ayat dia "jahat la ko mirul! kau tahu kan kte x reti nk marah kt kamu?"
aku pun gelak je lah -__-

back to our main topic,so tadi aku n fadhil pun pergi cari puteri
haha,kitorang jumpa puteri dkt tingkat dua,dia dtg dngn kawan dia n ayah angkat dia.
honestly,aku pun x pernah tahu dia ada bapak angkat -__-

siot punya puteri,dia boleh pulak mengadu kat ayah angkat dia pasal aku. -.-
dia kata; " ayah,ni lah mirul. dulu kat lenggong,dia slalu buli ieka. macam2 lah dia buat kat ieka. sampai bila ieka pindah pergi mrsm langkawi,ieka menangis sebab x de siapa dh nk buli ieka"

siot,aku dh cuak dh time tu.
aku ingatkan pakcik tu nk buat mcm ni.
dialog : " ouh,ko kacau anak aku yea? ambik ni! *pelempang!!* "

Tapi pak cik sporting lah juga. dia kata " oh ye ke? haa,pergi lah buli dia balik."

then beberapa minnit kitorang lepak dngn puteri,kitorang mcm segan lah.
ya lah,siapa x segan kalau lepak sekali dengan pakcik kan?

so kitorang pun bla.

ouh,before fadhil balik. dia ajak makan kenny rogers.
duhh,duit dlm poket aku time tu ada 15 ringgit je kot. memang mampu lah! -__-

tapi fadhil kata xpe,dia sponsor.
yes! makan free :) thanks fadhil.

dia bagi aku mkn spaghetti. sedaap.
tapi kitorang makan dngn akak dia skali.
akak dia baik ouh. friendly gilaa.

then after kitorang dh habis makan,fadhil pergi bayar.
Fulaweiii, RM80.15
haha. akak dia ckp " ini kalau makan kedai mamak,buat muraay pub lepas ni."
haha,aku terpaksa berdiam lah. ya lah,aku pun di-sponsor je kan?

after makan,diorang nk kena balik.
so aku pun bye2 lah diorang.

aku pulak terpaksa tinggal sorang2,sampai lah pukul 7 sebab nk kena tunggu abang ambik.
hue,penat juga lah tunggu dia,sampai aku tertido kt kerusi dlm parade.

tapi x pe lah,asalkan x payah bayar duit teksi sebab nk balik rumah :P


Fadhil Hanafi




Puteri Nur Atikhah Fadhillah




Education Fair -_-

education fair
"abang nak mirul pergi education fair petang ni." tegas abg kepada ku -__-
aku pun terpaksa la pergi sana.

perghh,first time org ramai oh kat karnival pendidikan!
selalunya kalau pergi karnival pendidikan mcm kosong,but hari ni sungguh ramai!
maybe sebab buat kat Hotel Syuen kot -.-

okaay,at first memang mcm bosan je dtg sini.
then bila masuk je kat sana,haa,terasa mcm superstar!

sume org akan dtg kat kita,kasi brochure pasal university diorang
"ada nk bidang apa?" "please fill this form for us" "have a seat,i'll show u the accommodation at our college" okay,tu sebahagian daripada ayat2 femes yg keluar dari mulut diorang la -.-

kat sana ada mcm2 university lah. ada taylor,nottingham,segi n belambak lagi yg aku x pernah dngr.

haha,but serious. x de satu pun aku minat kat sana.
sume university/college kat situ swasta la.
mana laa aku mampu -__-

gilaa ke apa satu sem sampai 20 000 mcm tu? aiyoo,boleh kawen maa!
aku just sengih2 pastu blah.

haha,aku rasa aku duduk situ 20-30 minit camtu je
but serious bnyk barang aku dpt -.-
apa korang nk? buku? pen? beg? cd? sume ada lah!!

then aku dpt col dri fadhil (kwn aku) dia suruh aku dtg parade.
aku pun blah :)

my car :P

Wednesday, December 15, 2010

beriadah :)


haa,it was a boring evening. hell yeah,everyday mcm sama je.
bangun,makan,fb,tdo.

so,aku n akak plan kitorang nk jalan2 kt luar. haha,quite best jugak lah
ya lah,it was my first time to have a walk at this residential area.

okay2,i bet u didn't get it,kitorang baru pindah kat sini. so kitorang agak perak jugak lah bilaa nk jalan2 tadi -.- 

btw,we are siblings. but trust me,we ain't look like one. her hair is brown n mine is black. 

Lailatun Najua Termizi

tadi akak nk bergedik jap.
akak : "mirul,dukung akak. akak mls nk jalan laa" .
aku :  " duhhh,malas la,ko dh la berat. GEMOK!"
akak :  "alaaa,dukung je la. kalau tak terbukti mirul x kuat nk angkat akak!" 

haha,i know it sounds stupid,but i agreed to carry her on my back.

kejap je,tak lama coz sedang aku tngh keseksaan dukung kakak,ada pakcik jerit "woi! buat apa tu?"
ahhhh shit. i've told ya. kitorang adik beradik but ramai org ingat kitorang gf/bf. -__- kitorang cuak gak lah.
so aku terus letak akak n ckp "dh2,jngn pandang belakang. jom lari" haha,mcm bongok -.- 

kitorang jalan2 sampai nk dkt maghrib jugak lah. and the best part is,kt kawasan perumahan ni boleh nmpk sunset~ 

okaay,it was damn exciting.

ya lah,most people terpaksa pergi beach or panjat gunung/bukit tinggi untuk tngk sunset.
kitorang just bukak pintu je la weiii XD we took the opportunity to catch some pictures

sunset :)

then kitorang sedar2 dh pukul 7.
so kitorang masuk rumah. 
haha,maybe after this kitorang nk jog tiap2 hari ;)