Sunday, August 5, 2012

Should I, or should not ?

dear readers ,

fuh agak berzaman jugak lah aku tak update belogmard kan ?
bukan apa, semenjak masuk zaman kolej ni, nak buat post baru pun susah.
sibuk dengan aktiviti semasa gittew. hahaha
(padahal duk lepak 24 jam je kerja)

so, aku just nak check sebenarnya ada lagi ke tak orang dekat blogspot ni.
well as you see, dulu zaman aku habis spm, blogpsot ni pemes betul ! so kalau update ada lah orang yang sudi membaca.

but now blogspot semakin sunyi, (idk about how it looks like on ur blogspot, but in my case, my dashboard is as empty as a ghost town)

jadi, aku merangka post ni nak tanya, patut tak aku kembali menulis n update belogmard ?
since macam ramai dah x bukak blogspot, kalau update pun mcm kerja kosong jugak kan ?
tiada readers gittew. 
hahaha
(kantoi sudah aku mencari publisiti, k.)

please spend some time leave a comment to this post, patut atau tidak :)
dont worry, kalau ramai cakap patut aku akan continue tulis blog sebab dah banyak kot cerita untuk dikongsi bersama !

p/s : aku x bagitahu kat fb or twitter pasal post kali ni sebab nak tengok berapa ramai lagi sudi baca belogmard ni. so, please leave ur opinion ok ? thanks guys !




patut atau idok ?



Tuesday, June 7, 2011

mamai yang terlampau -.-

ini ialah pencuci muka. haram maklum

okaay,ni sumpah bodoh gila.
aku pun x expect yang aku mamai sampai buat benda bodoh ni.

okaay,hari ni (rabu) kelas aku start pukul 11 pagi tau.
so aku pun qada' lah tido2 aku yang tergendala pada hari2 lepas.
bukan sebab apa,hari2 lain kelas start pukul 8 hari rabu je aku free terlebih.
so aku pun bangun lah pukul 10 pagi.

macam biasa lah kaan,kalau baru2 bangun tido komfem muka aku macam hantu nye.
rambut serabai,air liur bertempek kat pipi,mata x boleh muka dan macam2 lagi.
(kalau budak2 tngk aku baru bangun tido komfem diorang meroyan menjerit sana sini)

haha,then aku pun terus lah masuk bilik mandi.
okaay,kat sini bilik air bukan attached dngn bilik,so aku kena la jalan sikit nak masuk toilet.

okaay,sampai2 kat toilet aku nak gosok gigi.
ye lah,bangun2 pagi air liaur sume dah expired,kalau telan air liur pun rasa melekit ala2 gituu :P

mamai punya pasal,aku pun gosok lah tangan gigi aku tanpa tngk benda apa aku amik.
gosok2 punya gosok tiba aku rasa pelik.

selama aku hidup,aku x pernah lagi gosok gigi sampai buih dia penuh satu mulut,siap terkeluar n jadi janggut santa claus lagi kan?

aku dah terbeliak mata dah,rasa "ubat gigi" tu pun dah lain benor dah rasa nyer -.-
rasa dia macam "ringan",pelik,pahit2 tapi masin sikit.

lama2 baru aku tersedar,aku gosok gigi bukan guna colgate!
tapi guna pencuci muka aku! loreal men expert.

itu nasib baik aku gosok gigi guna pencuci muka,kalau aku gosok gigi guna shaver?
tak ke gilaaa lagi nama nye tu? berdaroh gigi den ni haa. -.-

fuh,lepas puas aku ludah2 n muntahkan loreal dari mulut aku,aku terus gosok gigi dngn colgate.
bukan sekalii,bukan dua kaliii tapi tiga kali!

itu pun aku still dapat rasa loreal dalam mulut aku waktu aku tengah belajar tau.
ishh,geli betul -.-

moral of the story : always look for what you hold when you want to brush your teeth

Friday, May 27, 2011

Nyaris Accident -.-

saya penunggang motosikal yang "berhemah"

GILA WOOO!!
sumpah cuak kot tadi,aku nyaris kena lenyek dengan kereta -.-

bukan apa,aku tak ada lesen.
lesen L pun tak ada :(
so memang aku tak tahu langsung lah pasal undang2 jalan raya ni.

then pagi tadi (27 May 2011), aku nak pergi lecture Physic.
(lecture tu macam kelas,tapi disebabkan dah masuk U,aku suka poyo dengan menggunakan perkataan "lecture" )

selalu nya bila aku nak pergi lecture,aku akan tumpang roomate aku punya motor,Afeeq Aiman.
dia punya lecture sama dengan aku,so senang la aku nak tumpang dia.

then tadi boleh pulak dia malas nak pergi lecture n nak lepak je dalam bilik -.-
so dia bagi kunci motor dia kat aku n bagi aku pakai motor dia,
FUYOOO! best siot dapat naik motor.

aku pun x cakap banyak dah,amik motor then terus naik je.
lesen x de lesen lain cter,janji aku sampai kat lecture hall.

eceyy,mula2 aku happy lah bawak motor,then aku pun pi lah jumpa kawan aku lagi sorang,Khairi,n tumpangkan dia.
(perghh,bajet macam dah ada lesen je sampai boleh bawak orang kan?)

then kami pun gerak lah pergi lecture hall.
but kami sampai awal 15 minit macam tu,then tiba2 aku terasa macam nak enjoy2 pulak dengan motor kan?

btw,motor tu motor skuter,so senang nak handle lah.

so aku pun pergi merempit satu kampus.
kampus kami besar betul. aku bawak sejauh yang boleh -.-

serious jauh,sampai satu masa kami atas motor,ak tengok jam, kelas dah nak start dah.
eh silap,lecture dah nak start dah :P

then apa lagi, aku pun speed lah!

perghh,selagi boleh aku nak pulas handle motor tu,
but still aku x de lah bawak above 50 sebab dalam kampus.

kang tak pasal2 kena saman dengan pak guard.
oh,kat UTP pak guard berkuasa untuk saman pelajar! kalau kitorang buat salah,kitorang akan kena saman.
kejam kan?

so aku pun still lah dengan laju aku tu, bumper sume aku redah je.
dah rupa macam naik kuda siot aku bila naik bumper -.-
sakit bontot,serious.

then sampai lah kat simpang.
okaay,simpang tu terang lagi bersuluh ada sign BERHENTI.
tapi disebabkan aku ni bodoh undang2 jalan raya, aku dengan slumber nye keluar macam tu je dari simpang,tanpa tengok kiri n kanan

perghh! keluar2 simpang, elok je KERETA ADA SEBELAH KANAN AKU!
aku rasa macam nak mengucap pun ada -.-

bukan apa, first aku x de lesen.
then aku pinjam motor orang.
last,kalau aku mati,rugi woo!
AKU NAK KAWEN DULU! :(

disebabkan dah terlampau panik,(sebab kereta elok je nak langgar aku)
aku pun pulas selagi boleh handle tu.
badan aku siap kebelakang lagi sebab inertia (physic form 4 ) -.-

alhamdulillah la jugak,aku terselamat n tak tercedera.
tapi itu memang first time aku hampir accident.
lepas tu aku terus jadi macam orang bodoh,rasa macam "mabuk" je.

maybe sebab trauma n terkejut kot.

so aku pun bawak je la motor tu balik lecture hall.
disebabkan aku "mabuk",aku pun terlupa jalan nak balik lecture hall kat mana -.-
so aku pun melilau lah dngn motor tu.

then suddenly khairi suruh aku belok masuk simpang belah kiri,
tapi aku x dengar,sedar2 dah terlepas -.-

then aku pun straight,n buat bodoh n patah balik macam tu je.
perghh,elok2 aku patah balik,tengok2 ada pak guard belakang aku.

gilaaa lah! nyaris aku kena saman!
kalau aku kena saman, 50 hengget melayang wo!!

then bila sampai kat lecture,sumpah aku x boleh concentrate apa lecturer ajar.
satu badan rasa vibrate sebab terbayang kalau kena langgar tadi -.-

note of the story : jangan buat peraturan jalan raya sendiri.

Wednesday, May 25, 2011

Saya Seorang Mahasiswa ;)

Universiti Teknologi Petronas

Readers, i am TRULY sorry sebab dah lama gila kot x update blog -.-
bukan apa,it has been awhile aku terperap dekat rumah so nothing exciting to be shared with.
Sorry.

Haa,as the headline says, i am finally become a university student!
weeehoo! cheers for the adulthood!

okaay,here's a little bit about my universiti,
to make it short we called it UTP.
gempak kan, gempak kan?
HAKTUIHHH,kalau memang la UTP ni one of the best n top universities in Malaysia,but it is PRIVATE university -.-

maksud nya orang dongoi mana2 pun boleh masuk UTP as long as they have MONEY
(but still susah gak sebab ada interview segala jadah tu)
chaitt,kadang2 rasa macam membazir jugak aku study n score spm kalau masuk sini guna duit mak bapak -.-

next, UTP ni BESAQ GILO.
kalau jalan kaki, fuhhh kaki aku boleh berotot macam Ussain Bolt bhaii.

Cuaca dia pulak "sejuk" gilaa. so jangan tanya kalau kulit aku tiba2 jadi macam negro bila jumpa aku nanti.

here's a story to share with you ;) ;

okaay,registration day kat sini clash dengan wedding abang (Baihaqky) aku kat Jakarta, dia kawen dengan orang indon -.-

so aku terpaksa la tinggal kat ipoh ni sorang2 -.-
gilaa lah,home alone bhaii. makan maggie je laa kerja aku kat rumah time tu -.-
okaay imagine,aku tinggal sorang2,then nak pergi register masuk U sorang2 jugak -.-
dengan bawak beg bagasi besaq2,baldi sume then nak pergi daftar naik bas,memang cannot go lah.

tapi nasib baik kot sebab last2 minute pakcik sedara aku boleh pulak offer nak hantar aku pergi sana.
fuhh,lega n happy sedikit time tu.

then on the registration day, aku pun ikut je la pakcik aku tu pergi register,
mesti orang pelik sebab pakcik aku tu kulit gelap (sorry athirah) then tiba2 aku cerah sikit kan?
haha,who cares.

ouh,the registration went okaay lah jugak tapi bila sampai kat kaunter pembayaran, masalah bertimbun berlaku -.-

boleh pulak diorang tak bagi aku masuk kat UTP sebab aku x bayar duit register lagi time tu.
masalahnya kalau aku x inform lagi kat pihak UTP pasal masalah aku,tak apalah kalau diorang nak reject aku time tu.

ni padahal aku dah berulang-alik ke utp n call orang2 berkuasa untuk bagitahu aku x boleh bayar lagi duit time tu,then waktu dulu2 diorang cakap boleh je. -.-
aku dah la tinggal sorang2 time tu,memang lah aku boleh cari duit beribu-ribu lah kan masa tu?

then aku pun terang kan lah situasi aku kat pakcik tu, nama dia en solihuddin.



en solihuddin : kami tak boleh bagi kamu masuk ni. kamu tak bayar yuran pendaftaran lagi ni.

aku : cik,saya dah telefon secretary cik pada hari lepas,dia cakap penyelesaian bagi masalah ni ialah dengan menulis e-mail kepada encik zulkarnain dan memberitahu mengenai masalah saya. saya dah e-mail dah pun kat dia,ni bukti nya *bagi email yang dah di-print*

en solihuddin : ishh,kami susah nak percaya ni,mana tahu kamu menipu? saja2 nak belajar free je kat sini (tengkorak mu aku nak belajar free)

aku : tak cik,saya tak tipu. satu family sume kat indon ni haa,mana saya nak cekau duit nak bayar sume benda tu sekarang? nanti family saya balik saya bayar la

en solihuddin : satu sen pun kamu x bawak? bank kamu ada berapa ringgit?

aku : bank saya ada lah sejumlah wang, tapi cik, saya ni akaun CIMB,uder 18 pulak tu. maximum duit boleh keluar sehari 200 ringgit je pun. cik nak ke 200? nak saya bagi je sekarang.

en solihuddin : susah ni. kami punya kos Minggu Aluan Siswa ni pun dah besar. nak bagi kamu sume makan lagi.

aku : susah sangat ke cik? kalau susah sangat saya x payah la nak amik makanan free tu,kafe berlambak kan kat sini?

en solihuddin : takpe2

aku : *menyelit* senang2 cik call lah mak saya ni. nah no indon dia. cik pergi bincang dengan dia



 lalu en solihuddin pun blah n call mak aku.
mak aihh, lama gila kot dia call mak aku -.- mengorat ke apa ntah.
jenuh aku tercegat duduk kat kerusi tu sebab nak tunggu dia.

beberapa puluh minit kemudian dia pun datang balik,
dia cakap okaay,aku boleh masuk dulu,nanti hari selasa (24 may) bila mak aku balik,aku langsai kan pembayaran.

bongok punya orang, harap je orang besar,gaji berpuluh ribu,aku dah bagitahu awal2 pun tak nak dengar cakap. kena gak col mak aku -.-

haa, at last aku berjaya gak lah masuk sana. kalau tak boleh masuk hari tu, jangan tanya asal UTP kena bomb dengan Terrorist -.-

but syukur gak lah,boleh jugak aku sambung belajar ;)

i'll be upadated more soon,keep in following my blog.

Thursday, April 21, 2011

Melalak dekat Public

record bhaii!!

okaaay,hari ni aku buat benda gila sikit.
ye lahh, diri sendiri x terer main gitar dah nak poyo buat lagu kaaaan?

hahaha!!
kalau kat rumah takpe lagi,ni dekat Taman Dr bhaiii!!

21hb April,
aku dengan Zhafirul Izzat plan nak lepak dekat taman dr sambil main guitar.
so kitorang pun rancang la nak main lagu apa,then lagu Grenade-Bruno Mars jugak yang dijadikan pilihan hati.

bukan apa,lagu ni senang la jugak
(tapi senang2 pun aku main x terer gak)
n lagu ni pun memang all time favourites kaaan?

so kitorang pun practice lagu ni dulu.
wokeyh! aku boleh main~
tapi sumbang sikit -.-

mula2 kitorang plan nak buat mcm duet.
tapi bila part chorus,aku punya strumming lain sikit daripada izzat,
(dan semestinya izzat punya lebih sedap)
so kitorang x boleh nak main serentak masa chorus.

then disebabkan aku x banyak main guitar dalam part lagu ni,
aku kena jadi vocal -.-

WADEHEK, aku vokal?
bwuahahaha,kena gelak lah kan.
yee laaaah,gelak lah korang, aku x marah.

aku pun sedar diri aku.
suara aku memang besar gila,kalau dalam music,suara aku almost boleh jadi tune G!

then aku pulak x boleh sebut R.
then nak nyanyi lagu gRenade -.-
memang SEDAP LAH!!

yang paling syiok,aku tempo semua main hentam je.
tak ikut music langsung,hahha.
selalu nye aku melalak dalam toilet x de siapa pulak nak tegur :P

then tadi baru lah aku tahu bahawa nak melalak ni sumpah susaah.
sumpah kitorang buat vid ni almost 27 kali jugak lah.
(rasa nye lebih ) -.-

bayangkan mcm mana aku rasa nyanyi lagu grenade straight 27 kali -.-

mcm2 hal jadi,lupa lirik,salah lirik,lupa strumming,salah chord,angin kacau n macam2 lagi

yang paling syiok, ada sekali tu kitorang main almost perfect lah.
memang kami puas hati lah, tapi sedar2 kami LUPA TEKAN BUTTON RECORD!!

siottt!
habis ber-jam jam nak buat balik -.-

dah la nyanyi kat public.
segaaan aku seyhh.
semua org tngk dari jauh,mcm ada free show je -.-

hello,suara aku x sedap pun, kalau ada producer mana2 tngk mana tahu dia nak amik aku nyanyi?
kaaaaan?
hahahaha!!


ok2,aku letak video aku nyanyi di bawah post ni.

korang dngr lah bongok nye suara aku -.-
dekat R pekat nye.
hahaha! memang cannot go.

but who cares?
macam aku nak jadi penanyi je kaaan?

btw,ni record yang terakhir.
disebabkan dah terlampau penat,kitorang amik je lah.
(boleh dilihat pada ekspressi muka aku)
muka penat gilaaa

kalau masuk audition mentor komfem muka aku femes
ye lah,sebab kalau teruk selalunya muka keluar kat iklan kan? XDD

---------------------------------------------------------------------------------------------------

ni antara contoh video x jadi :
 (ouh,aku ada berpuluh lagi vid x jadi XDD)



suaraa aku memaaang mcm katak panggil hujan -.-

one step ahead,UTP!!!

UTP ku sayang 

okaaay,to be honest,
aku memaaang ada apply utp.

tapi, DULU kena reject.
aku memang macam WATAFAK?
gilaaaa lah, budak2 lain semua dapat je.
bila turn aku boleh pulak dia reject.

at that time memang aku agak sakit hati sedikit.
ye lah, aku dapat satu B je pun,itupun dah kena reject.
memang superb lah utp ni kaaaaan?

then disebabkan aku x puas hati,
aku dapati bahawa boleh buat rayuan untuk masuk educamp ni (foundation programme in utp)

so one day, hari last aku buat tahi masa aku berhenti kerja.
aku pun pergi ke Universiti Teknologi Petronas.

aku pergi ke sana dngn mama n papa semata-mata nak tanya pasal rayuan.
gilaaa teruja aku dengan utp.

aku sampai2 je kat utp mcm OEMGEE,
besaq siot!

komfem boleh sesat lah kalau first time masuk.

n kat sana ramai mat salleh n negro.
fuhh,udah rasa mcm tinggal kat london~

then aku pun melilau dekat pejabat utp.
aku tanya pasal rayuan,
then orang tu kata kena tunggu sampai petang coz that time utp ada talk pasal budak2 yang dapat buat foundation kat sini.

aku pun gilaaa la sedihh,tapi takpe,masa depan punya pasal aku sanggup tunggu.

then masa aku tunggu,kawan aku Puteri Nur Atikhah Fadhillah (nama x boleh panjang lebar lagi ke -.-)
contact aku.
dia ni budak utp,dia masuk guna result trial spm. budak pandai lah katakaaan.

result trial aku bongok bebenor,4A je,memang sah2 x layak.

then masa aku nak tunggu si puteri ni nak jumpa aku,aku duduk depan pintu "Registration Office"
tiba2 ada orang tegur aku

unknown man : " yes? can i help u sir? "
aku : *gelabah (udah aku nak spaking london pulak ke ni?) yeah sure,can i see someone who in charge with the students intake for faoundation programme
unknown man : there's a talk in chancellor hall right now. wait,i'm going to call Mr Zul.
aku : ouh,thanks
unknown man : btw,where did u came from?
aku : i came from ipoh. one of my friends said that to appeal for the registration on foundation intake is to go to the office n they will give a form to fill with.
unknown man : wait wait,i think better u talk with Mr Zul, it's his job btw.

beberapa saat kemudian

unknown man : haaa ZUL!! panjang umur hang. aku baru nak call hang tadi.
Mr Zul : kenapa?
unknown man : budak ni nak buat rayuan.

(chaitt,hang boleh speaking bahasa malaysia rupanye. penat2 aku berlagak professional speaking london ngan hang)

 then aku pun berbual-bual dengan encik zul.
dia mintak aku tunjuk kan result spm n aku pun tunjuk lah.

and ni ayat dia
" haaa, result okay dah. saya rasa u boleh masuk ni. but i'll check first. "

jangan tanya lahh,aku masa tu senyum mcm nak terkeluar semua gigi aku ni.

then dia mintak aku tulis "e-mail rayuan" kat dia.
so nanti dia terus approve kan permintaan aku n terus bagi aku chance masuk educamp utp.

so aku pun buat lahh.
n ini lah hasil dia.

weeehoooo! aku dapat!

jadi interview session aku akan berlangsung pada 28th April.

seronok memang seronok,tapi masalahnya AKU KENA POTONG RAAMBUT!

TIDAAAAAK!
rambut aku ni penting gila kot. tak pernah kena gunting lagi,
dah la aku baru bagi kerinting kat saloon,haihh syg2.

tapi x pe lah, demi masa depan aku sanggup!

hello future!!!

Wednesday, April 20, 2011

Parkson,hanya tinggal kenangan :D

AKU BERHENTI!

readers, i quit from being a promoter at parkson.
weeehooo! and that's right,i dont even need to give a damn on "alamak,dah lambat nak punch card ni!" anymore.

hahaha!
and apa yang paling best?
AKU TAK PAYAH NAK JUMPA KAK SU LAGI DAHHH!!!

finally,i'm freee~~

ouh,al-kisah tercetusnya idea berhenti bekerja di fikiran ku adalah selepas ku menulis sebuah post di belogmard
yang berjudul : Malang Nasib Si Promoter

cuba korang tengok komen2 kat post tu,
sume tulis " ko berhenti la mard" " aku kesian tengok kau" dan lain2

thanks guys!
i really touched when u guys somehow concerned about me :')

btw, mak aku pulak baca kisah sedih promoter aku ni, dia tak habis2 ckp ;
" mirul,kak su tak bukak ke blog mirul? mama takut la kalau dia marah2 n buat mcm2 benda jahat kat mirul kalau dia baca blog mirul. delete lahhh."

sorry mama,but this post dah jadi gila macam top favourites kot dalam blog mirul/
sayang woo nak delete

okay,one of the factors aku nak sangat berhenti ialah kak su.
ye lah,siapa tahan kalau kena attack bertubi-tubi dengan orang atas kan?

tapi kaan,bila nak last2 aku nak berhenti kerja,dia dah macam x kacau hidup aku dah -.-
maybe sebab aku terlepas cakap kat dia kot.

situasi TERAKHIR ;

time tu parkson dah tutup,jadi aku pun pergi lah sembang dengan kawan2 aku, ayie n asbi
sambil bersembang,aku keluar kan asam yang aku beli kat kedai mamak n makan time tu.

ketika aku sedang masukkan seketul asam dalam mulut;
" haaa mirul,apa masalahnya?!"
suara yang familiar kedengaran kembali -.-

aku pun membalas;
" masalah apanye kak?"
* makan lagi seketul asam depan dia

kak su reply';
" ko tu dah kebulur sangat ke? ko tau tak yang makan time kerja salah?!"

aku menjawab
"hek eleeehh,makan asam je pun."
(lagi pun parkson dah tutup kaaan.. -.-)

dia x mau kalah
" ko tahu kan kalau buat lebih dari tiga kali kesalahan kena panggil diri kat depan masa briefing?!"

aku bersikap kurang ajar
" tahu. tapi saya tak kisaah pun. macam saya nak sangat je kerja kat sini. saya pun nak berhenti dah pun"

kak su semakin hot
" haa bagus sangat lah tu! ko berhenti cepat sikit!"

aku lagi mengehot kan dia
" memaaang saya nak sangat berhenti cepat. kalau boleh nak berhenti sekarang boleh?"

kak su buat muka mintak lempang n bla dari situ

YEAY YEAY! KAK SU KALAH!!!

ok,faktor kedua aku nak berhenti ialah,
maybe kalau ada rezeki aku akan belajar bulan may ni.
KALAU ada rezeki lah kaaan -.-

tapi x pe,kalau ada rezeki nanti aku update bloggie tercinta ni ;)

okaaay,so disebabkan bulan may ni aku akan pegang buku balik,
aku berfikiran " aiseyyhhman,lagi beberapa minggu dah nak kena belajar. aku x enjoy puas2 lagi ni! "

so aku pun terus laa plan untuk buat babi dan berhenti secara mengejut.

YUP,aku berhenti pada 20hb April dengan cara mengejut!

tengah hari tadi (pada 20 april) aku pergi ke parkson untuk berjumpa dengan parmanent aku.
n aku ckp yang aku x boleh masuk kerja hari tu sebab aku ada hal.
(okaaay,aku tipu dia)

then dia cakap " besok u mahu kerja?"
aku cakap, " x nak. saya cuti besok. sudah plan dengan kawan maa"

dia diam n tanya " hari jumaat? "
aku jawab " saya mahu berhenti~~" * senyum jahat

parmanent : " u sudah mahu berhenti ka?"
aku : yup
parmanent : "then semalam last day la?"
aku : aah

MAAFKAN SAYA LEE SIEW LENG!
aku sumpah rasa serba salah buat macam ni.
tapi
aku suka n happy gilaaaa sebab dah berhenti~

woohooo!!

kepada kawan2 ku yang masih kerja kat parkson,
mendap la korang kat sana!!
promoter terhebat parkson dah letak jawatan!

hahaha! jadi kepada semua kenalan ku di ipoh,
nak jumpa,date,wayang,lepak,photographing
BAGITAHU JE!
aku terlebih freeee~~

p/s : aku baru pandai letak lagu kat blog. kalau korang x suka, sila bagitahu