Monday, February 28, 2011

Bagaikan Rusa Masuk KL

menara berkembar petronas (aku tangkap sendiri!)


tajuk post ini di-adaptasikan daripada peribahasa melayu yang berbunyi 
"bagaikan rusa masuk kampung"

seperti yang korang semua tahu, aku tinggal di ipoh.
n ipoh tidak lah seperti Kuala Lumpur, yang begitu sesak dengan kesesakan lalu lintas.

namun,pada 24 hb februari,aku terpaksa pergi ke KL untuk meng-attend majlis pernikahan abang Baihaqky aku.

okaay, here's the true story.

majlis pernikahan abg aku ialah pada 26 Feb. tapi aku sengaja menggatal nak datang awal (24 feb) sebab nak jalan2 kat kl.

so aku pun decide pergi kl sorang2 n bermalam dekat rumah abang aku.

aku pergi sana dengan menaiki kereta api (KTM)
so pagi tu pun Papa aku dah belikan tiket train untuk aku.
tiket train : 1:45 pm.

macam lambat kan?
haha,tapi apa boleh buat. aku ni kalau tidur memang susaah gila nak bangun.
bila bukak2 mata je dah pukul 12 tngh hari. mak aihh,mana tak terkejut aku dibuat nya,

time aku bangun tu, mama n papa dah x de.
mama dah pergi ke Kedai Jahit nya manakala papa pula sudah pergi kerja.

jadi dengan sepantas kilat nye aku mandi kerbau n terus bersiap untuk pergi KL.
lepas aku siap aku terus col papa untuk suruh dia ambil aku pergi station kereta api.

chaitt, tunggu papa mula lah lama! pukul 1.25 baru sampai rumah!
dah la rumah aku kat tambun!
memang jauh la dari station kereta api tu.

A : station kereta api   B : Rumah aku     C : kedai jahit mak aku



seperti yang korang boleh nampak kat atas, jarak rumah aku ke station kereta api SANGAT lah jauh.
kalau drive memang 30 minit lah.

so bila papa sampai rumah, aku pun RUSHING keluar dari rumah
(note : sila tekankan bahagian RUSHING)

then papa pun terus drive selaju yang boleh untuk hantar aku pergi ke station kereta api.
masa aku nak keluar rumah, baru aku sedar yang KASUT AKU TERTINGGAL dekat kedai jahit mak aku!
n masa tu memang tak sempat untuk pergi balik kedai mak aku untuk ambil kasut aku.

so aku pun terpaksa pergi KL pakai SELIPAR JEPUN
hello.bukan selipar jepun tiruan k?
i pakai selipar jepun ORIGINAL jenama TAT Sing -.-

at first aku berfikiran seperti ini ;
" haa, x pe lah pakai selipar jepun. nanti sampai rumah abang aku pinjam la kasut dia"

(namun anggapan aku salah semata-mata)

setelah 20 minit papa merempit atas jalan raya, akhirnya aku berjaya sampai kt station kereta api.
mak aihh, betul2 je aku naik kereta api tu, terus dia bergerak!
memang nasib baik lah! :)

so aku pun lepak je kt seat
ketika aku sedang asyik mendengar walkman, tibe2 aku mendapat sms daripada abang aku.

ia berbunyi seperti ini :

"dekat sini hujan lebat. so, apa kata kamu naik lrt n pergi jalan2 kt klcc dulu? nanti mlm abang ambil"

WATAAFAK? jalan kt klcc??!!
holly shit lah,aku dah la pakai selipar jepun. pastu nak jalan kt tempat anak tan sri n dato' mcm tu -.-

so sampai2 je kt KL Sentral, aku pun cuba la nak cari jalan untuk beli tiket lrt.

Oh My Goat! kt dalam KL Sentral tu pun AKU DAH SESAT!!
berpeluh jugak lah aku ke hulu dan ke hilir untuk cari jalan ke tempat jual tiket LRT.

setelah berpuluh-puluh minit aku merayau mcm kucing hilang anak, aku pun col kawan aku, Muhd Khairullah

tapi sumpah dia x membantu langsung!
bukan dpt direction pun col dia. 
terpaksa aku buat muka tembok tanya dekat orang,

so lepas aku tanya orang, aku pun jumpa mesin jual tiket LRT.
woahh,time tu rasa macam gila babi bersyukur.

then aku pun terus cuba untuk beli tiket ke KLCC.
mesin tu TOUCH SCREEN!!
(canggih tuuu!!!)

so lepas aku sentuh button KLCC,mesin tu pun ckp " rm 1.60"
aku pun bayar la rm2 hengget.

tapi masalahnya, bila aku masukkan duit rm2 tu, mesin tu asyik2 kata
"BATAL"
pastu duit aku keluar balik.

geram gak lah,
aku pun try banyak kali.
aku rasa almost 5 kali jugak lah.

then aku fed up, aku pun try machine lain.
PUN TAK BOLEH!
tapi yang pelik nya, orang lain masuk duit boleh tau!
elok je tiket lrt tu keluar,bila aku masuk je dia tulis " batal"

nasib baik la kat KL Sentral,kalau kat ipoh, sumpah aku nak ketuk machine tu guna batang besi.
biar jahanam betul2!

then lepas aku putus asa, aku pun pergi la approach dua org gadis untuk membantu aku.

aku : " excuse me miss, can u help me to buy ticket to KLCC, i tried for several times but it only said BATAL "
then gadis2 tu pun mengangguk kepala n terus bantu aku.

HARAM JADAAAHHH!!!
bila gadis2 tu masukkan duit aku, DAN DAN LA MACHINE TU ELOK!!
then gadis2 tu tengok aku n senyum sinis habis la wei!
POOKEYMAX PUNYA MACHINE!

dah la aku pakai SELIPAR JEPUN, bawak beg merah pulak tu!
memang macam orang kampung la!
mak aihhh,memang aku segan betul time tu. -.-

then x pe lah, aku pun buat muka slumber n pergi tunggu lrt.
then aku dapat tahu yang kawan aku, Farhan, atau lebih dikenali sebagai paan pun ada dekat klcc.

so aku col dia n ckp aku otw pergi klcc.
n time aku sampai kt klcc,dia dh nk balik.
dia bawak kawan dia, fuyooo TOMEYYY BETOIII!!

(malangnya aku segan nak mampus nak tegur coz aku macam budak kapung dtg klcc)

then lepas jumpa dia beberapa saat,dia pun balik rumah.

jadi, tinggal aku bersama selipar jepun aku ni.

aku pun jalan lah merata KLCC, mak aihhh...
sumpah aku rasa mcm x layak duduk kt situ.

gila kau, kedai2 sana semua cap babi mahal!
for example ; Mulberry,Calvin Klein, Gucci, Louis Vuitton, Prada n mcm2 lagi.

aku mana laaa nak tahu cap2 mahal mcm tu.
kalau jenama Kamdar atau Hari-Hari aku kenal laaa..

n dekat sana semua gadis2 cantik dowhhh.
tapi awek kaya laaa. muka cantik,dress up babi baju mahal.,
bila keluar phone, iphone 4! 

memang aku x sanggup la nak pergi mendekatkan diri dngn diorang coz aku hanya pakai Nokia Torchlight :(

sepanjang masa aku berjalan dekat KLCC,aku sedar la jugak bahawa ADA RAMAI ORANG yang memandang selipar "mahal" ku ini.

hoi! if u are soo damn interested with japanese,until u want japanese hair cut or japanese outfits (fashion), WHY DONT YOU WEAR JAPANESE SELIPAR????

hell yeah! i love japan/japanese so damn fraking much. n that's why i'm wearing JAPANESE SELIPAR, u idiots!
so stop starring at me -.-

Japanese Selipar


fuhh,lega sikit bila dah dapat luahkan isi hati yang telah terpendam sejak hari kejadian tersebut.

setelah beberapa minit aku jalan sekitar KLCC,aku tibe2 rasa nak pergi toilet.
jadi aku pun pergilah cari toilet.

mak aihhh,sumpah aku pening kepala nak cari toilet.
bukan apa,klcc besar nak mampus! toilet pun susah nak cari!

setelah lama lah jugak aku carik toilet,akhirnya jumpa jugaa.
okaay,after dah habis buat apa-yang-sepatutnya-dilakukan didalam tandas,
aku pun nak cuci tangan.

ni part bangang -.-
aku tengok pili air tu x de kepala paip tauu.
so aku sumpah tak tahu nak bukak air macam mana.

first aku PULAS2 batang paip tu,tapi air tak keluar.
then aku PICIT2 batang paip tu, air tak nak keluar jugak
tibe2 aku bersangka bergini :

" ouh, ini KLCC, mesti toilet dia guna sensor! ye la,KL kan canggih!"

jadi aku pun menghulurkan tangan kat singki n GOSOK2 paip dengan harapan air keluar.

malangnya air TAK KELUAR LANGSUNG.

tibe2, aku nampak ada sorang pakcik ni tengok aku n senyum.
then dia datang kat aku n bukakkan air untuk aku lalu bla begitu saja.
MAK DATUK!!! SUMPAH AKU MALU TAHAP GABAN!!

cara untuk bukak air ialah dengan tolak paip tu, aku pun x dpt figure out mcm mana.

then lepas beberapa kali aku memalukan diri sendiri,aku pun ambil kesempatan la nak lepak kt luar KLCC.

masa aku tengah lepak sorang2, tibe2 ada sorang indon kot, datang kat aku bawak phone.
masa tu dia pasang lagu "baby -  justin bieber "

then dia cakap

indon A : adik, mahu barang bagus tak? * tunjuk aku iphone*
Aku : *gelak* hahaha,berapa  ringgit bang? saya bukannya ada duit pun
indon A : murah saja. adik ada berapa? abang boleh tolong.
Aku : saya sumpah x de duit ni. saya datang dari ipoh,ni pun nak pergi rumah abang saya.
indon A : tak pe2, abang ada barang lain *tunjuk aku jam Rolex*
Aku : mak aihhh! ROLEX!!
indon A : aah,ini kalau kat luar beribu-ribu!! abang jual kat adik 200 ringgit saja!
aku : abang, saya BETUL BETUL x ada duit!
indon A : xpe2,abang jual 100 ringgit la untuk adik!
aku : kalau 50 ringgit saya ambil! 

then dia buat muka n bla.

beberapa minit kemudian...

indon B : * keluar kan blackberry bold* adik mahu beli mobile?
aku : lagi soranggg..... abang, saya x punya banyak wang!
indon B : berapa adik ada?
aku : bawah satu ratus.
indon B : haa, kalau macam tu, abang jual ini untuk adik * keluar kan nokia N9*
aku : duit saya mana cukup nak beli benda ni.
indon B : takpe, u ada phone? boleh tukar.
aku : ada! ni phone saya! *keluarkan phone nokia ntah hape2*
indon B : hmm, takpe lah. adik ada bank?
aku : bank saya pun x de duit. tu,abang pergi dekat org tu. gerenti dia ada duit * tunjuk dekat tourist jepun*

lalu dia pun bla dari tempat tuu.

PATUT LA ORANG KL RAMAI PAKAI IPHONE N BLACKBERRY!!!
ptuihhh!
nasib baik aku x de duit time tu,kalau tak aku amik je sume barang2 tu.

Gambar ini ditangkap sendiri dengan menggunakan timer-capture


after aku rasa rimas dngn indon2 tu,aku pun blaa.
aku col paan, kata aku nak datang rumah dia.

then dia pun bagi directional.
aku pun bersiap sedia nak pergi sana,then abang aku col, dia kata lepas jalan2 tunggu dia dekat kelana jaya.

aku pun pergi la ke kaunter lrt coz nak beli tiket ke kelana jaya. tibe2 phone aku habis bateri!
macam mana aku nak survive kat kl tanpa phone?!
arghhh!

so aku pun cancel pergi rumah paan coz takut nanti abang cari aku tak jumpa.
n aku terus pergi kelana jaya.

sampai2 kat kelana jaya aku cuba untuk carik public phone.
haram la weiiii,public phone sume rosak!

aku tahulah org kl sume kaya2,kalau ye pun bekalkan la public phone untuk emergency case mcm aku!

then setelah pening kutu aku dibuatnya, aku pun pergi ke kedai DiGi.
aku KENA col abang aku coz nak bagi tahu dia yang aku dah ada kt kelana jaya.

jadi aku merayu kat abang digi

aku : abang, tolong saya bang. saya datang dari ipoh, dan skarang saya betul2 nak bantuan dari abang!
abang DiGi : tolong apa ni? kedai dah nak tutup ni!
aku : takpe bang, saya tak nak beli apa2 pun. saya nak pinjam phone abang. tolong la bang, bateri phone saya habis, saya kena col abang saya sekarang jugak bang.
abang DiGi : kredit aku sikit laa,ko carik orang lain la
aku : tak pe bangg! saya suruh abang saya col balik. tolong la bang. emergency ni! public phone sume rosak!
abang DiGi : ye la ye la! ko col jangan lama sangat! 
aku : terima kasih bang!

then aku pun col abang aku,
dia kata dia kat klang n lambat lagi dia boleh amik aku.
so aku pun kata aku punya bateri phone habis n aku just tunggu dia kat station Kelana Jaya.

hampehh punya abang,
aku tunggu dia dua jam!
aku kat situ memang sebijik mcm pengemis coz aku siap tertido lagi kat stesen tu coz penat sangat.
after dua jam baru dia amik.
then dia bawak aku balik ke rumah diaaa

haihh,sumpah penat dowh hari tu.

note of the day : AKU SAYANG IPOH LEBIH DARI KL.

Monday, February 21, 2011

SAYA BERANI !

Perkhidmatan PEMIDAHAN DARAH kebangsaan

okaay,image di atas telah menunjukkan " headline " bagi post ini :)

Pada tanggal 19 hb Febuari 2011,aku x pergi kerja.
(p/s : aku PONTENG )
btw,aku tahu skarang dh  22 hb,so no need to remind me " hey,asal dah lama x update belog? "
aku sudah bekerja skarang,so macam susah gilaa nak mengarang kt blogspot ni.

alasan yang aku bagi kat orang atas aku ialah aku kena pergi hospital,so aku x boleh datang kerja.
kreatif kan aku menipu? haha!

the exact reason yang menyebabkab aku x datang kerja ialah abang aku, Ahmad Baihaqky , balik ipoh.
so aku pun nk spend masa lah dengan dia, ye lah, adik yang baik lah kataa kan :P

so aku pun pergi lah jalan2 dengan dia,then mama cakap dia nak tengok baju dekat Greentown Mall.
jadi,aku pun abang pun ikut lahh.
ye lah,nama pun nak spend masa dengan family :)

Greentown Mall ipoh
at first,kitorang just jalan2 n tengok baju2 je.
but xde satu baju pun yang best,so macam buang masa gak lah.
note : kami mencari baju melayu,bukan baju casual

then suddenly ada pulaaak kempen derma darah kt ground floor.
abang n mama tiba2 gilaa excited coz diorang suka derma darah.
but yang jadi mangsanya ialah AKU.

aku DIPAKSA untuk menderma darah -.-
okaay,antara syarat2 untuk derma darah ialah ;

1) cukup tidur
2) sihat tubuh badan
3) tiada penyakit kronik
4) tidak menjalin hubungan seks secara berjemaah (group sex), taku2 ada aids or hiv
5) BERUMUR 18 TAHUN DAN KE ATAS

then aku pun bersuara,

aku : mirul mana boleh dermaa!!! mirul x sampai 18 tahun lagi!
abang bai : ahh,tak payah nk penakut sangat, boleh je. lagipun ko tu tahun ni dah jadi 18 kan? *panggil jururawat* miss,dia derma darah boleh x?
aku : x boleh kan? x cukup umur lagi ni !
jururawat : adik umur dh 17 ke?
aku : tak de lah, SAYA BARU UMUR 7 TAHUN! MANA BOLEH DERMA DARAH!
* then aku cuba melarikan diri dari tempat kejadian *

namun usaha aku untuk menyelamatkan diri telah jadi sia-sia apabila mak aku pun paksa aku derma darah -.-
lalu aku pun terpaksa akur dengan takdir lalu isi borang untuk derma darah.

kat borang tu banyak soalan,n ada part soalan " pernah kah anda membuat hubungan seks seperti : ...... "
ROFLMAO (rool on floor laughing my ass off)

then tiba la part untuk timbang berat badan, O EM GEE,berat badan aku naik 3 kilo!
mak aihhh,ni sume sebab melantak x ingat dunia since spm habis la ni -.-

then after timbang berat,aku pun ambil la beg darah n sagu hati sebab jadi penderma.
dapat MILO sekotak n TIGER BISKUAT je -.-
berbaloi kah anda menghilang kan darah anda sebanyak satu beg semata-mata milo dan biskut?

okaay, jawapan nya TAK.
but secara positiv nya, satu beg darah dapat menyelamatkan satu nyawa.

btw, darah aku jenis AB positive.

so aku dngn perasaan cemas pun baring lah atas katil penderma darah.
aku takut derma darah bukan sebab aku takut kena cucuk. tidak sama sekali!
sebaliknya aku sudah bisa kena cucuk!

aku takut derma darah sebab JARUM DIA BABI BESAR!
macam STRAW nak minum air!
memangg vampire moden lah hospital ni! habis kering darah aku dia sedut -.-

video di bawah ialah scene ketika aku menderma darah untuk FIRST TIME ;

video

sumpah macam bongok kan?
haha.

btw, jawapan bagi abang bai untuk soalan " apakah harapan anda untuk darah anda ini " ialah ;

" saya harap darah saya x expired dan diterima oleh gadis yang comel! "
(part diterima oleh gadis yang comel itu adalah idea daripada abang bai )

secara konklusinya, derma darah ni tak sakit.
just gilaaa psycho je. ye lah, siapa tak takut nak kena cucuk ngan jarum gergasi tu?
so, marilah derma darah sama sama agar ramai insan dapat diselamatkan daripada mati akibat kekurangan darah!

Thursday, February 10, 2011

it has been a while :)

i know what u guys are thinking right now, "mcm budak2" kan?

readers,i am trully sorry!
okaay,seperti yang aku cakap dalam post "Finally",aku sudah jadi promoter kat Parkson
hooo yeaahh! :)

so, aku sangat sangat sibuk kebekalangan ni n dah terlupa pasal belogmard -.-
btw, kerja sebagai promoter ni agak seronok,walaupun SAKIT KAKI -.-

just imagine,aku terpaksa berdiri untuk 8 hingga 12 jam sehari apabila bekerja.
haa,mula2 kerja memang x tahan lah. semua posisi berdiri aku dh buat. -__-

antara posisinya : tonggek,angkat kaki sebelah,bersandar kt troli dan sebagainya.

haa,but after kerja seminggu lebih mcm tu,trust me, u will get used to it.
skarang kalau kena berdiri tegak selama 8 jam pun mcm dh x rasa pape dh coz kaki aku dh sekeras kaki ussain bolt akibat jadi promoter XD

so here's my activity during working ;

* sembang dengan kawan2 n gelak kuat gila
* senyum dan sengih kat sume customer yang datang kat tempat aku
* usha gadis2 cantik/comel/SEXY
* tengok kereta2 mewah seperti bmw,lancer evo 10 dan mcm2 lagi
* mengorat -.-

ouh btw, aku kerja dekat luar entrance parkson n bahagian aku kerja itu dipanggil " Fair "
selalunya fair akan jadi tumpuan para pengunjung sebab ada diskaun 70%
(nama je diskaun 70%,sehelai baju rm60 ke atas gak!)

n aku kena promote baju ber-jenama Arrow.
sebuah jenama daripada USA yang mempunyai quality kain yang sangat elok! (promote)

ouh,korang mesti fikir pasal gaji aku kan?
haa,gaji aku sejam RM 4 hengget.
n aku start kerja 18 january 2011.

di akhir bulan january, aku dpt rm 524 hengget!
okaay,gaji bagi 13 hari kerja sebanyak tu memang HEBAT la kan? 
hahaha,aku kayaaaa~

(btw,gaji aku x dpt lagi. n bos ckp gaji aku masuk awal bulan mac ni. SHTI)

kerja aku kt parkson ni sangat seronok coz aku dpt bnyk gile doh kawan baru ><
ye lah,aku menghabiskan sisa sia remaja aku dekat sekolah MRSM,mana laaa ada masa nk buat member kt ipoh ni. :(

haha,n somehow i think aku dh mcm rapat gila dngn diorang.
eventhough baru beberapa minggu je kenal kan?

maybe i spent almost half of my day,working with them.
so that's might be the reason why i am soo closed with my new friends right now :)

haha,i think itu saja kot untuk korang tahu pasal kerja aku -.-
ya lah, takkan la aku nk cerita everyday's experience dkt sini kan?
haa,sampai seminggu suntuk pun aku tak habis taip lagi.

i'll be update my blog again soon,thanks :)

lots of love - Mard (p/s : aku x lembut!)