Monday, February 28, 2011

Bagaikan Rusa Masuk KL

menara berkembar petronas (aku tangkap sendiri!)


tajuk post ini di-adaptasikan daripada peribahasa melayu yang berbunyi 
"bagaikan rusa masuk kampung"

seperti yang korang semua tahu, aku tinggal di ipoh.
n ipoh tidak lah seperti Kuala Lumpur, yang begitu sesak dengan kesesakan lalu lintas.

namun,pada 24 hb februari,aku terpaksa pergi ke KL untuk meng-attend majlis pernikahan abang Baihaqky aku.

okaay, here's the true story.

majlis pernikahan abg aku ialah pada 26 Feb. tapi aku sengaja menggatal nak datang awal (24 feb) sebab nak jalan2 kat kl.

so aku pun decide pergi kl sorang2 n bermalam dekat rumah abang aku.

aku pergi sana dengan menaiki kereta api (KTM)
so pagi tu pun Papa aku dah belikan tiket train untuk aku.
tiket train : 1:45 pm.

macam lambat kan?
haha,tapi apa boleh buat. aku ni kalau tidur memang susaah gila nak bangun.
bila bukak2 mata je dah pukul 12 tngh hari. mak aihh,mana tak terkejut aku dibuat nya,

time aku bangun tu, mama n papa dah x de.
mama dah pergi ke Kedai Jahit nya manakala papa pula sudah pergi kerja.

jadi dengan sepantas kilat nye aku mandi kerbau n terus bersiap untuk pergi KL.
lepas aku siap aku terus col papa untuk suruh dia ambil aku pergi station kereta api.

chaitt, tunggu papa mula lah lama! pukul 1.25 baru sampai rumah!
dah la rumah aku kat tambun!
memang jauh la dari station kereta api tu.

A : station kereta api   B : Rumah aku     C : kedai jahit mak aku



seperti yang korang boleh nampak kat atas, jarak rumah aku ke station kereta api SANGAT lah jauh.
kalau drive memang 30 minit lah.

so bila papa sampai rumah, aku pun RUSHING keluar dari rumah
(note : sila tekankan bahagian RUSHING)

then papa pun terus drive selaju yang boleh untuk hantar aku pergi ke station kereta api.
masa aku nak keluar rumah, baru aku sedar yang KASUT AKU TERTINGGAL dekat kedai jahit mak aku!
n masa tu memang tak sempat untuk pergi balik kedai mak aku untuk ambil kasut aku.

so aku pun terpaksa pergi KL pakai SELIPAR JEPUN
hello.bukan selipar jepun tiruan k?
i pakai selipar jepun ORIGINAL jenama TAT Sing -.-

at first aku berfikiran seperti ini ;
" haa, x pe lah pakai selipar jepun. nanti sampai rumah abang aku pinjam la kasut dia"

(namun anggapan aku salah semata-mata)

setelah 20 minit papa merempit atas jalan raya, akhirnya aku berjaya sampai kt station kereta api.
mak aihh, betul2 je aku naik kereta api tu, terus dia bergerak!
memang nasib baik lah! :)

so aku pun lepak je kt seat
ketika aku sedang asyik mendengar walkman, tibe2 aku mendapat sms daripada abang aku.

ia berbunyi seperti ini :

"dekat sini hujan lebat. so, apa kata kamu naik lrt n pergi jalan2 kt klcc dulu? nanti mlm abang ambil"

WATAAFAK? jalan kt klcc??!!
holly shit lah,aku dah la pakai selipar jepun. pastu nak jalan kt tempat anak tan sri n dato' mcm tu -.-

so sampai2 je kt KL Sentral, aku pun cuba la nak cari jalan untuk beli tiket lrt.

Oh My Goat! kt dalam KL Sentral tu pun AKU DAH SESAT!!
berpeluh jugak lah aku ke hulu dan ke hilir untuk cari jalan ke tempat jual tiket LRT.

setelah berpuluh-puluh minit aku merayau mcm kucing hilang anak, aku pun col kawan aku, Muhd Khairullah

tapi sumpah dia x membantu langsung!
bukan dpt direction pun col dia. 
terpaksa aku buat muka tembok tanya dekat orang,

so lepas aku tanya orang, aku pun jumpa mesin jual tiket LRT.
woahh,time tu rasa macam gila babi bersyukur.

then aku pun terus cuba untuk beli tiket ke KLCC.
mesin tu TOUCH SCREEN!!
(canggih tuuu!!!)

so lepas aku sentuh button KLCC,mesin tu pun ckp " rm 1.60"
aku pun bayar la rm2 hengget.

tapi masalahnya, bila aku masukkan duit rm2 tu, mesin tu asyik2 kata
"BATAL"
pastu duit aku keluar balik.

geram gak lah,
aku pun try banyak kali.
aku rasa almost 5 kali jugak lah.

then aku fed up, aku pun try machine lain.
PUN TAK BOLEH!
tapi yang pelik nya, orang lain masuk duit boleh tau!
elok je tiket lrt tu keluar,bila aku masuk je dia tulis " batal"

nasib baik la kat KL Sentral,kalau kat ipoh, sumpah aku nak ketuk machine tu guna batang besi.
biar jahanam betul2!

then lepas aku putus asa, aku pun pergi la approach dua org gadis untuk membantu aku.

aku : " excuse me miss, can u help me to buy ticket to KLCC, i tried for several times but it only said BATAL "
then gadis2 tu pun mengangguk kepala n terus bantu aku.

HARAM JADAAAHHH!!!
bila gadis2 tu masukkan duit aku, DAN DAN LA MACHINE TU ELOK!!
then gadis2 tu tengok aku n senyum sinis habis la wei!
POOKEYMAX PUNYA MACHINE!

dah la aku pakai SELIPAR JEPUN, bawak beg merah pulak tu!
memang macam orang kampung la!
mak aihhh,memang aku segan betul time tu. -.-

then x pe lah, aku pun buat muka slumber n pergi tunggu lrt.
then aku dapat tahu yang kawan aku, Farhan, atau lebih dikenali sebagai paan pun ada dekat klcc.

so aku col dia n ckp aku otw pergi klcc.
n time aku sampai kt klcc,dia dh nk balik.
dia bawak kawan dia, fuyooo TOMEYYY BETOIII!!

(malangnya aku segan nak mampus nak tegur coz aku macam budak kapung dtg klcc)

then lepas jumpa dia beberapa saat,dia pun balik rumah.

jadi, tinggal aku bersama selipar jepun aku ni.

aku pun jalan lah merata KLCC, mak aihhh...
sumpah aku rasa mcm x layak duduk kt situ.

gila kau, kedai2 sana semua cap babi mahal!
for example ; Mulberry,Calvin Klein, Gucci, Louis Vuitton, Prada n mcm2 lagi.

aku mana laaa nak tahu cap2 mahal mcm tu.
kalau jenama Kamdar atau Hari-Hari aku kenal laaa..

n dekat sana semua gadis2 cantik dowhhh.
tapi awek kaya laaa. muka cantik,dress up babi baju mahal.,
bila keluar phone, iphone 4! 

memang aku x sanggup la nak pergi mendekatkan diri dngn diorang coz aku hanya pakai Nokia Torchlight :(

sepanjang masa aku berjalan dekat KLCC,aku sedar la jugak bahawa ADA RAMAI ORANG yang memandang selipar "mahal" ku ini.

hoi! if u are soo damn interested with japanese,until u want japanese hair cut or japanese outfits (fashion), WHY DONT YOU WEAR JAPANESE SELIPAR????

hell yeah! i love japan/japanese so damn fraking much. n that's why i'm wearing JAPANESE SELIPAR, u idiots!
so stop starring at me -.-

Japanese Selipar


fuhh,lega sikit bila dah dapat luahkan isi hati yang telah terpendam sejak hari kejadian tersebut.

setelah beberapa minit aku jalan sekitar KLCC,aku tibe2 rasa nak pergi toilet.
jadi aku pun pergilah cari toilet.

mak aihhh,sumpah aku pening kepala nak cari toilet.
bukan apa,klcc besar nak mampus! toilet pun susah nak cari!

setelah lama lah jugak aku carik toilet,akhirnya jumpa jugaa.
okaay,after dah habis buat apa-yang-sepatutnya-dilakukan didalam tandas,
aku pun nak cuci tangan.

ni part bangang -.-
aku tengok pili air tu x de kepala paip tauu.
so aku sumpah tak tahu nak bukak air macam mana.

first aku PULAS2 batang paip tu,tapi air tak keluar.
then aku PICIT2 batang paip tu, air tak nak keluar jugak
tibe2 aku bersangka bergini :

" ouh, ini KLCC, mesti toilet dia guna sensor! ye la,KL kan canggih!"

jadi aku pun menghulurkan tangan kat singki n GOSOK2 paip dengan harapan air keluar.

malangnya air TAK KELUAR LANGSUNG.

tibe2, aku nampak ada sorang pakcik ni tengok aku n senyum.
then dia datang kat aku n bukakkan air untuk aku lalu bla begitu saja.
MAK DATUK!!! SUMPAH AKU MALU TAHAP GABAN!!

cara untuk bukak air ialah dengan tolak paip tu, aku pun x dpt figure out mcm mana.

then lepas beberapa kali aku memalukan diri sendiri,aku pun ambil kesempatan la nak lepak kt luar KLCC.

masa aku tengah lepak sorang2, tibe2 ada sorang indon kot, datang kat aku bawak phone.
masa tu dia pasang lagu "baby -  justin bieber "

then dia cakap

indon A : adik, mahu barang bagus tak? * tunjuk aku iphone*
Aku : *gelak* hahaha,berapa  ringgit bang? saya bukannya ada duit pun
indon A : murah saja. adik ada berapa? abang boleh tolong.
Aku : saya sumpah x de duit ni. saya datang dari ipoh,ni pun nak pergi rumah abang saya.
indon A : tak pe2, abang ada barang lain *tunjuk aku jam Rolex*
Aku : mak aihhh! ROLEX!!
indon A : aah,ini kalau kat luar beribu-ribu!! abang jual kat adik 200 ringgit saja!
aku : abang, saya BETUL BETUL x ada duit!
indon A : xpe2,abang jual 100 ringgit la untuk adik!
aku : kalau 50 ringgit saya ambil! 

then dia buat muka n bla.

beberapa minit kemudian...

indon B : * keluar kan blackberry bold* adik mahu beli mobile?
aku : lagi soranggg..... abang, saya x punya banyak wang!
indon B : berapa adik ada?
aku : bawah satu ratus.
indon B : haa, kalau macam tu, abang jual ini untuk adik * keluar kan nokia N9*
aku : duit saya mana cukup nak beli benda ni.
indon B : takpe, u ada phone? boleh tukar.
aku : ada! ni phone saya! *keluarkan phone nokia ntah hape2*
indon B : hmm, takpe lah. adik ada bank?
aku : bank saya pun x de duit. tu,abang pergi dekat org tu. gerenti dia ada duit * tunjuk dekat tourist jepun*

lalu dia pun bla dari tempat tuu.

PATUT LA ORANG KL RAMAI PAKAI IPHONE N BLACKBERRY!!!
ptuihhh!
nasib baik aku x de duit time tu,kalau tak aku amik je sume barang2 tu.

Gambar ini ditangkap sendiri dengan menggunakan timer-capture


after aku rasa rimas dngn indon2 tu,aku pun blaa.
aku col paan, kata aku nak datang rumah dia.

then dia pun bagi directional.
aku pun bersiap sedia nak pergi sana,then abang aku col, dia kata lepas jalan2 tunggu dia dekat kelana jaya.

aku pun pergi la ke kaunter lrt coz nak beli tiket ke kelana jaya. tibe2 phone aku habis bateri!
macam mana aku nak survive kat kl tanpa phone?!
arghhh!

so aku pun cancel pergi rumah paan coz takut nanti abang cari aku tak jumpa.
n aku terus pergi kelana jaya.

sampai2 kat kelana jaya aku cuba untuk carik public phone.
haram la weiiii,public phone sume rosak!

aku tahulah org kl sume kaya2,kalau ye pun bekalkan la public phone untuk emergency case mcm aku!

then setelah pening kutu aku dibuatnya, aku pun pergi ke kedai DiGi.
aku KENA col abang aku coz nak bagi tahu dia yang aku dah ada kt kelana jaya.

jadi aku merayu kat abang digi

aku : abang, tolong saya bang. saya datang dari ipoh, dan skarang saya betul2 nak bantuan dari abang!
abang DiGi : tolong apa ni? kedai dah nak tutup ni!
aku : takpe bang, saya tak nak beli apa2 pun. saya nak pinjam phone abang. tolong la bang, bateri phone saya habis, saya kena col abang saya sekarang jugak bang.
abang DiGi : kredit aku sikit laa,ko carik orang lain la
aku : tak pe bangg! saya suruh abang saya col balik. tolong la bang. emergency ni! public phone sume rosak!
abang DiGi : ye la ye la! ko col jangan lama sangat! 
aku : terima kasih bang!

then aku pun col abang aku,
dia kata dia kat klang n lambat lagi dia boleh amik aku.
so aku pun kata aku punya bateri phone habis n aku just tunggu dia kat station Kelana Jaya.

hampehh punya abang,
aku tunggu dia dua jam!
aku kat situ memang sebijik mcm pengemis coz aku siap tertido lagi kat stesen tu coz penat sangat.
after dua jam baru dia amik.
then dia bawak aku balik ke rumah diaaa

haihh,sumpah penat dowh hari tu.

note of the day : AKU SAYANG IPOH LEBIH DARI KL.

Monday, February 21, 2011

SAYA BERANI !

Perkhidmatan PEMIDAHAN DARAH kebangsaan

okaay,image di atas telah menunjukkan " headline " bagi post ini :)

Pada tanggal 19 hb Febuari 2011,aku x pergi kerja.
(p/s : aku PONTENG )
btw,aku tahu skarang dh  22 hb,so no need to remind me " hey,asal dah lama x update belog? "
aku sudah bekerja skarang,so macam susah gilaa nak mengarang kt blogspot ni.

alasan yang aku bagi kat orang atas aku ialah aku kena pergi hospital,so aku x boleh datang kerja.
kreatif kan aku menipu? haha!

the exact reason yang menyebabkab aku x datang kerja ialah abang aku, Ahmad Baihaqky , balik ipoh.
so aku pun nk spend masa lah dengan dia, ye lah, adik yang baik lah kataa kan :P

so aku pun pergi lah jalan2 dengan dia,then mama cakap dia nak tengok baju dekat Greentown Mall.
jadi,aku pun abang pun ikut lahh.
ye lah,nama pun nak spend masa dengan family :)

Greentown Mall ipoh
at first,kitorang just jalan2 n tengok baju2 je.
but xde satu baju pun yang best,so macam buang masa gak lah.
note : kami mencari baju melayu,bukan baju casual

then suddenly ada pulaaak kempen derma darah kt ground floor.
abang n mama tiba2 gilaa excited coz diorang suka derma darah.
but yang jadi mangsanya ialah AKU.

aku DIPAKSA untuk menderma darah -.-
okaay,antara syarat2 untuk derma darah ialah ;

1) cukup tidur
2) sihat tubuh badan
3) tiada penyakit kronik
4) tidak menjalin hubungan seks secara berjemaah (group sex), taku2 ada aids or hiv
5) BERUMUR 18 TAHUN DAN KE ATAS

then aku pun bersuara,

aku : mirul mana boleh dermaa!!! mirul x sampai 18 tahun lagi!
abang bai : ahh,tak payah nk penakut sangat, boleh je. lagipun ko tu tahun ni dah jadi 18 kan? *panggil jururawat* miss,dia derma darah boleh x?
aku : x boleh kan? x cukup umur lagi ni !
jururawat : adik umur dh 17 ke?
aku : tak de lah, SAYA BARU UMUR 7 TAHUN! MANA BOLEH DERMA DARAH!
* then aku cuba melarikan diri dari tempat kejadian *

namun usaha aku untuk menyelamatkan diri telah jadi sia-sia apabila mak aku pun paksa aku derma darah -.-
lalu aku pun terpaksa akur dengan takdir lalu isi borang untuk derma darah.

kat borang tu banyak soalan,n ada part soalan " pernah kah anda membuat hubungan seks seperti : ...... "
ROFLMAO (rool on floor laughing my ass off)

then tiba la part untuk timbang berat badan, O EM GEE,berat badan aku naik 3 kilo!
mak aihhh,ni sume sebab melantak x ingat dunia since spm habis la ni -.-

then after timbang berat,aku pun ambil la beg darah n sagu hati sebab jadi penderma.
dapat MILO sekotak n TIGER BISKUAT je -.-
berbaloi kah anda menghilang kan darah anda sebanyak satu beg semata-mata milo dan biskut?

okaay, jawapan nya TAK.
but secara positiv nya, satu beg darah dapat menyelamatkan satu nyawa.

btw, darah aku jenis AB positive.

so aku dngn perasaan cemas pun baring lah atas katil penderma darah.
aku takut derma darah bukan sebab aku takut kena cucuk. tidak sama sekali!
sebaliknya aku sudah bisa kena cucuk!

aku takut derma darah sebab JARUM DIA BABI BESAR!
macam STRAW nak minum air!
memangg vampire moden lah hospital ni! habis kering darah aku dia sedut -.-

video di bawah ialah scene ketika aku menderma darah untuk FIRST TIME ;


sumpah macam bongok kan?
haha.

btw, jawapan bagi abang bai untuk soalan " apakah harapan anda untuk darah anda ini " ialah ;

" saya harap darah saya x expired dan diterima oleh gadis yang comel! "
(part diterima oleh gadis yang comel itu adalah idea daripada abang bai )

secara konklusinya, derma darah ni tak sakit.
just gilaaa psycho je. ye lah, siapa tak takut nak kena cucuk ngan jarum gergasi tu?
so, marilah derma darah sama sama agar ramai insan dapat diselamatkan daripada mati akibat kekurangan darah!

Thursday, February 10, 2011

it has been a while :)

i know what u guys are thinking right now, "mcm budak2" kan?

readers,i am trully sorry!
okaay,seperti yang aku cakap dalam post "Finally",aku sudah jadi promoter kat Parkson
hooo yeaahh! :)

so, aku sangat sangat sibuk kebekalangan ni n dah terlupa pasal belogmard -.-
btw, kerja sebagai promoter ni agak seronok,walaupun SAKIT KAKI -.-

just imagine,aku terpaksa berdiri untuk 8 hingga 12 jam sehari apabila bekerja.
haa,mula2 kerja memang x tahan lah. semua posisi berdiri aku dh buat. -__-

antara posisinya : tonggek,angkat kaki sebelah,bersandar kt troli dan sebagainya.

haa,but after kerja seminggu lebih mcm tu,trust me, u will get used to it.
skarang kalau kena berdiri tegak selama 8 jam pun mcm dh x rasa pape dh coz kaki aku dh sekeras kaki ussain bolt akibat jadi promoter XD

so here's my activity during working ;

* sembang dengan kawan2 n gelak kuat gila
* senyum dan sengih kat sume customer yang datang kat tempat aku
* usha gadis2 cantik/comel/SEXY
* tengok kereta2 mewah seperti bmw,lancer evo 10 dan mcm2 lagi
* mengorat -.-

ouh btw, aku kerja dekat luar entrance parkson n bahagian aku kerja itu dipanggil " Fair "
selalunya fair akan jadi tumpuan para pengunjung sebab ada diskaun 70%
(nama je diskaun 70%,sehelai baju rm60 ke atas gak!)

n aku kena promote baju ber-jenama Arrow.
sebuah jenama daripada USA yang mempunyai quality kain yang sangat elok! (promote)

ouh,korang mesti fikir pasal gaji aku kan?
haa,gaji aku sejam RM 4 hengget.
n aku start kerja 18 january 2011.

di akhir bulan january, aku dpt rm 524 hengget!
okaay,gaji bagi 13 hari kerja sebanyak tu memang HEBAT la kan? 
hahaha,aku kayaaaa~

(btw,gaji aku x dpt lagi. n bos ckp gaji aku masuk awal bulan mac ni. SHTI)

kerja aku kt parkson ni sangat seronok coz aku dpt bnyk gile doh kawan baru ><
ye lah,aku menghabiskan sisa sia remaja aku dekat sekolah MRSM,mana laaa ada masa nk buat member kt ipoh ni. :(

haha,n somehow i think aku dh mcm rapat gila dngn diorang.
eventhough baru beberapa minggu je kenal kan?

maybe i spent almost half of my day,working with them.
so that's might be the reason why i am soo closed with my new friends right now :)

haha,i think itu saja kot untuk korang tahu pasal kerja aku -.-
ya lah, takkan la aku nk cerita everyday's experience dkt sini kan?
haa,sampai seminggu suntuk pun aku tak habis taip lagi.

i'll be update my blog again soon,thanks :)

lots of love - Mard (p/s : aku x lembut!)

Tuesday, January 18, 2011

Finally :)

finally
ingat lagi tak episod job hunting aku?
dan episod temuduga aku?

macam haaaram -.-

SEMUA TAK DAPAT!

so aku terpaksa lah menganggur untuk jangka masa yang panjang.
sampai lah hari ni,aku akhirnya dapat kerja!

itu pun cousin aku tolong, Zahier,
dia yang masukkan aku kerja coz dia rapat dngn supervisor.
setakat nk panggil sedara-mara kerja,no hal lah!

aku interview hari ni,briefing hari ni,start kerja pun hari ni!
macam DAMN EXCITING kan?

haha,best gilaa doh kerja kat sini :)

btw,aku x boleh tulis panjang untuk setakat ni coz besok aku kerja pagi.
so,i'll update my blog later,okaay?

to all my blog readers,
i have DOZENS of new stories to share with u :)
but please wait until i finally free.

i am sorry because i cant update my blog frequently since i already work maaa :)
but dont worry,one day, i akan qada' semua cerita,then i'll let u know on fb

so,please follow if u dont want to miss my damn exciting life! :)

Friday, January 14, 2011

Tamatnya riwayat sebuah telefon bimbit :(

Nokia 1200, R.I.P, 2009-2011 :(

haihh,sedih betol kan apabila handphone kita rosak?
btw,ini handphone aku,nokia 1200 atau lebih dikenali dengan nama glamour nye sebagai handphone torchlight -.-

haa,aku beli handphone ni time aku form 4.
aku nk jadikan phone ni sebagai phone asrama aku lah.
bukan apa,phone ni rm 90 je,so kalau kena curi or kena rampas,x de lah ralat sangat kan?

eventhough phone ni tidak dilengkapi dngn pelbagai kemudahan seperti GPRS or Bluetooth,
phone ni tetap best!

phone ni simple,kecik n tahan lasak!
bukan setakat itu saja, phone ini juga ada game kegemaran aku!

RAPID ROLL!
the best handphone game ever!
aku slalu main game tu bila aku bosan n guess what,
i dare you to beat my highscore!

my highscore : 4537 <-- serious!

btw,sebelum ni aku ada phone lain.
so phone ni jadi semata-mata phone asrama je laa.

tapi ada kemalangan berlaku -.-

mula2 aku guna N-gage QD, 
then masuk virus -.-
virus yang gilaa babi terok sampai phone tu tidak boleh diselamatkan lagi!

then papa bagi aku phone lain.
phone zaman dulu kala -.-
phone yang murah, tetapi mulia sikit daripada phone torchlight ni coz dia ada GPRS n bluetooth
(tapi x de camera)

phone ni ialah Nokia 6021.
aku guna phone ni agak lama la jugak coz aku mls nk beli phone baru.
n phone ni pun bnyk kali gak lah terjatuh.

pada suatu hari,aku terjatuhkan phone ni dngn begitu drastik!
akibatnya,phone ini telah rosak!
dia terpadam sendiri n macam mana sekali pun aku nk on kan dia,dia still x nk hidup.
maka matilah riwayat phone Nokia 6021 :(
Al-Fatehah.

oleh disebabkan kesemua phone telah rosak,maka aku bergantung 100% dngn phone torchlight ni.
aku tak kisah phone tu canggih ke x, asalkan boleh call n text org.

pada suatu hari, iaitu pada hari rabu yang lalu,
aku ada hangout dngn kawan2 aku.
tetapi ada suatu tragedi yang berlaku sebelum aku pergi keluar untuk hangout dngn diorang -.-
(aku x tulis tragedi ni kt post tu)

pada hari tersebut,aku terbangun lewat.
lewat sangat! dalam pukul 1 pm!
bukan sebab apa,aku stay up sampai pukul 7am pada mlm sebelum tu,sebab tu bngun babi lewat -.-

disebabkan aku terbangun lewat,aku terus pergi mandi sebaik sahaja aku tercelik mata.
KETIKA aku mandi,telefon ku berdering.
jadi aku angkat je la telefon tu walaupun aku time tu ada kat bawah shower -.-
(btw,sudah jadi satu tabiat bagi ku untuk bawak telefon bimbit masuk ke tandas sekali)

akibat daripada tindakan 'pandai' ni,
phone ini telah MASUK AIR.

haihh,setelah bnyk kali dia jatuh, aku sangkakan dia tahan lasak.
bukan apa,selalunya dalam hujan pun aku still boleh on call.
so aku ingat bawah shower bilik mandi pun boleh jugak la kan?
(aku tahu korang tngh ckp " bodoh gila mamat ni" )

haha,then lepas mandi aku terus bersiap-siap untuk pergi hangout.
aku mula start sedar phone aku dh jadi gilaa beberapa jam selepas tu.

kegilaan nya seperti ini :
bilaa korang tekan no 2 (abc) ,no 9 (wxyz) pun akan turut tertekan sekali.
n bila korang tekan OK,dia akan "BACK"
n selalunya korang akan susah nk tekan button HIJAU (angkat telefon)

haihh,so bila kita nak tulis text kt orang.
dia akan menjadi seperti hawwi! nawmaw sawyaw Awmirul!
bila korang tekan A (2),huruf W (9) akan tutut terkeluar.

aku panggil phenomena ni sebagai "the aww factor" -.-
sebab kadang2 korang nk tekan A je,
but yang akan korang dapat ialah "Aww"

contoh :

The 'aww' factor
p/s : benda ini benar!


okaay,i am fucking damn hate this friggin "aww" phenomena -.-
siot,dah mcm apa je kalau txt org ada 'aww' ni -.-
contoh : " hi! bt pe? aww"
ada mcm bapuk x? XD

mula2 aku sabar je la,
kalau terkeluar 'aww' aku kena delete balik,then tulis balik -.-
almost satu sms,aku spend masa nk dkt 5-10 minit gak lah.

aku cuba berfikiran positif,
alaa,lama2 ok la.

tapi HAMPEH,
Semakin lama tempoh masa diberi,semakin teruk ia akan terjadi.
HYPOTHESIS IS ACCEPTED!

kesabaran aku terhadap phone ni akhirnya hilang pada hari ni.
bukan apa, aku letak password kt phone ni.
so nk unlock,kena letak password.

oleh sebab kejadian ni berlaku,
UNLOCK KEYPAD PUN DAH TAK BOLEH!

oleh sebab demikian aku melontar phone ni ke dinding untuk melepaskan geram -.-
oh,bukan sekali,tetapi banyak2 kali!!

antara situasi :
easy as 1 2 3
okaay,gmbr ni ditangkap secara continuously oleh camera aku.
camera aku bukan DSLR,so dia punya shutter speed perlahan sikit.
that's y nmpk seceput dua je adegan aku baling phone.

oh,dan ini hasil daripada situasi atas :

 
BERKECAI

haihh,bnyk kali mcm mana pun aku baling, phone ni kalau kita cantum kan dia,
dia still boleh on juga.

tapi x de guna pun coz DAH ROSAK GILA.

oleh sebab demikian,

KEPADA SESIAPA YANG MENGHANTAR SMS KEPADA AKU,
aku tak dapat reply coz phone aku mcm babi.
sekian,harap maklum.

Thursday, January 13, 2011

Menjadi Cikgu :)

Adlina,Nuriz n Puteri :)

hahaha,seperti yang korang tahu,aku adalah bekas mangsa spm :)

so aku rasa mcm alangkah baiknya kalau dpt mengajar budak2 serba sedikit mengenai pelajaran.
akhirnya cita2 ku itu menjadi kenyataan apabila Nuriz meminta ku mengajar addmath!
woohoo,addmath! my favourite subject!
so aku pun dngn excited nye bersetuju nak ajar dia.
dia kata dia nak ajak kawan baik dia,Adlina sekali.
haha,x kisah laa kan. bak kata pepatah orang putih,the more the merrier! 

setelah berbincang akan hal ni,kami bersetuju untuk buat 'kelas' kt Library Taman Budaya.
okaay,sejujur-jujur nye ni first time aku jejak kaki kt sini -.-
selalunya aku pergi library Razak je.

tapi x pe lah,kerja amal punya pasal,tempat baru pun tempat baru laa :)

btw,aku ajak kawan baik aku sekali,Puteri
dia ni pandaii la jugak,that's y lah aku ajak dia datang.

bukan apaa,kalau aku x tahu nk ajar,dia boleh backup.
ye lah,eventhough addmath tu subject favourite aku,but siapa berani gamble dngn addmath kan?
kang kalau x reti,malu je -.-
nanti mesti jadi mcm " eeeee,mirul x reti buat soalan senang! bluek bluek,bodohhh~ "  -.-

haha
so aku smpai kt library pukul 2.30 kot.
(itupun naik teksi -.-)

hek elehhh,sekankang kera je rupanye jarak library ni ngan rumah flat aku -.-
kalau aku tahu jalan kaki pun bagus.
boleh bakar ketulan2 lemak yg berlebihan ni :)

aku sampai2 terus jumpa nuriz n adlin.
uishh,aku sorang laki tauu.
memang shy shy cat lah mula2.

but last2 aku jadi mcm biasa gak coz diorang ni friendly la juga
(diorang lagi bnyk ckp dari aku -.-)

then lepas berkenal,aku terus ajar addmath,chapter 1
function :)

mula2 ajar diorang mcm senang lah jugak.
ye lah,function je kan?

then bila sampai kt subtopic : composite function.
ohmaigod,teringat betul zaman aku first2 belajar addmath -.-

bnyk kali jugak lah aku explain.
alhamdulillah diorang PAHAM JUGA setelah aku explain untuk lima enam kali :P

oh Cikgu Chempaka,
terima kasih kerana sabar mengajar saya ketika saya langsung tidak mengenali addmath :)

oh, and the best part is.
nama penuh kawan baik nuriz ialah Yang Adlina.
so kita boleh pilih nk panggil dia Yang atau Adlina lah kan? :P

n si adlina ni pulak panggil aku abang XD
budak baik lah katakaaan :)

so aku rasa mcm dh kawen dah pun -.-
for an example :

" Abaaaaang~ ni nak buat macam mana? "
"oh,Yaaang~ buat je equation ni dulu"
XD LOL!
Nuriz dan Yang Adlina XD

then setelah beberapa minit aku mengajar diorang,Puteri pun sampai.
hah! memang bagus betul dia dtg time tu!

then bila dia duduk kt meja,aku suruh laa adlina n nuriz tanya dia pasal soalan composite function yg diorang x paham.
HAMPEH,aku ajar smpai berulang kali. yang si puteri ni ajar sekali je XD

nampak sngt aku ni " berbakat " jadi cikgu kan?

haha,tak pe lah.
best jugak ajar budak2 ni even kena buat baby steps sikit :)
serious.

then sambil aku n puteri arahkan diorang buat latihan,kami bersembang.
dang,puteri dapat SPC (skim pelajar cemerlang) n dia akan masuk UTP tronoh isnin ni.

aaaah tahi betul,jeles aku -.-
dia kata MARA sponsor dia RM 110 490.
wataaafak? bnyk gila doh!

haihh,apa boleh buat,dia pandai.
aku time kt mktb dulu png x de memberangsangkan sngt pun -.-

time kitorang sembang,budak2 kecil dua orang tu dengar sekali.
then dua2 jadi excited -.-

Nuriz : " eeeeee,akak dapat UTP tronoh? wah pandainye! saya nak sangat masuk sana! huuu,saya nak jadi mcm akak jugaaaa! "
Adlin : " aah,saya pun nak jadi macam kakak! akak pandai,baik,sporting, comel pulak tu! "

-__________________-
adoiii,menyampah sungguh aku dngr kata2 itu. haha
especially yang COMEL tu -.-
habis bangga si minah puteri tu dngn aku.

Puteri Nor Atikhah Fadhilah -.-


then kitorang sambung mengajar.
haa,lepas tu xde lah susah mana pun ajar diorang coz diorang dh paham konsep.

tapi serious la kan,si nuriz n adlina ni jenis yg cepat pick up.
patut la dpt 8A pmr!

haa,kitorang study sampai pukul 5 mcm tu,then berhenti.
bukan apa,si nuriz n adlina ni budak2 baik,x reti nk balik rumah sendiri -.-
so diorang kena tumpang parents diorang balik bila office tutup.

then after diorang balik,aku n puteri je tinggal.
hah,kami pun buat keputusan nk jalan2 kat Ipoh Parade.

ipoh parade pun dekat je dngn library tu
so jalan kaki je laaa.

then sampai kt ipoh parade,kitorang jalan2 je.
biasa2 je jalan2. 
cuma si puteri tu menggedik nk tngk handphone n laptop -.-

chaihh,mentang2 la ko dpt sponsor dari MARA,tang tang tu gak ko nk tngk laptop -.-

tapi x pe la,teman je la dia coz isnin ni dia dh kena belajar dh.
aku pulak terpaksa berholiday smpai september.

puteri dan mardy bieber XD


hmm,lama gak la kitorang jalan,then sampai pukul 7.30 aku dh nk balik.
balik rumah pun jalan kaki oh -.-

sampai2 kat rumah,aku rasa mcm dh xde lutut dh.
aduyaii,penat sungguh!

btw,hari ni best jugak lah coz dpt experience baru kan ajar kanak2 ni?

so,
KEPADA SESIAPA YANG BERMINAT NAK JADI ANAK MURID AKU,
sila tulis ON AJAR (jarak) NAMA (jarak) UMUR dan post sebagai comment dkt post ni :p

Wednesday, January 12, 2011

A day of Joy :)

play.eat.laugh 

haha,hari ni aku pergi hangout dngn kawan2 lama aku :)
gilaa lah,dah lama kot x jumpa!
ya lahh,since aku pindah sekolah baru,aku dh jarang jumpa diorang :'(

kitorang plan hangout ni kt fb.
duhh,mula laa semangat aku n aiman,kitorang siap buat event lagi!
haha,then invite ramai2 :)

perghh,dlm event tu mulaa lah ramai nk join.
dlm 16 org mcm tu kot.
tapi bilaa sampai kt jusco,alahaii. 8 je yg ada -.-
tapi x kisah laa,still happening!

budak2 yg turut bersama ialah ;
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------
haha,aku dtg dalam pukul 1.00 ptg.
smpai2 je aku terus col annis,tanya dia kat mana.
then dia kata dia ada dkt sebelah kedai guess?

so aku pun pergi laa jumpa dia.

annis rafeeqa

kitorang lepak2 jap,then bilal dtg.

x bley bla seyy,ayat first yg keluar dari mulut bilal ;
" mirul! ko dah gemok skarang ye skarang. "

omaaaaigoddd,aku dah gemok O.O
terima kasih bilal sebab ingat kan aku -.-

Bilal :)


haihh,mana nye x aku gemuk,duduk rumah asyik makan,fb,blog n tdo.
exercise seperti jogging memang aku x buat lah -.-

haha,then beberapa minit kemudian aiman n shauqi smpai.
then kami pun terus berkumpul dngn fadhil,darwisy n afif.

annis sorang je pompuan -.-
tu laaa,siapa suruh dia x ajak member2 dia dtg kan?

then lama gak laa kitorang lepak2 n sembang2 pasal hal masing2.
gilaa lah,nostalgia sungguh bila cerita balik zaman dulu kalau tatkala aku hepi2 di lenggong dulu.

hahaha,lepas kitorang sembang n bincang sama2, kitorang plan nk main bowling.
duhh,time tu aku dh rasa mcm "aiseyhmannn".

ye lahh,latest aku main bowling,aku dpt markah 63 je kot -.-
itu pun longkaang memanjaang.

tapi x pe laah,bukan selalu kan dpt jumpa n main bowling dngn kawan2?
tibaii je laa :)

so kami pun pergi lah ramai2 naik dkt tmpt bowling tu.
tapi bukan sume main pun.

fadhil,darwisy n annis x nk main.
diorang ada hal sikit time tu.

kitorang main kt lane 12.
okaaay,serious kali ni best dohh main bowling.

aku baling bola straight bhaiii :)
dh lama x jadi mcm tu.
n skali jalan mesti jatuh dlm 8,9 pin

tapi x dpt strike pun -.-
sume sipi2 je.
chaitt,aku rasa aku memang disumpah supaya x boleh buat strike kot -.-

antara kitorang,shauqi la paling terer!
siot,dia baling bola bowling tu mcm ringan je -.-
laju gila!

no wonder lahh dia dpt bnyk kali strike -__-

haha,yang aku plak fight dngn bilal n aiman.
markah kitorang sume dekat2 je.
tapi aiman last2 tbe2 jadi terer.

siot,dia dapat double!
memang jauh la dia potong kitorang kan?

n afif pulak paling style laaa.
dia belum sempat campak bola tu kat lane,bola tu dh terjatuh tergolek-golek kt belakang dia XD

dari kiri : bilal,aku,afif,shauqi n fadhil

haha,aku dpt number 4/5 -.-
hey,kira ok laa dari last,kan afif? BWUAHAHAH!

dari atas : afif,bilal,aiman,mard (aku),shauqi


fadhil n darwisy lak bla sebelum kitorang habis main bowling -.-
but fadhil sempat gak lah,curi2 balingkan bola bowling aku XD
(that's y lah ada gmbr dia baling bola)

darwisy dan fadhil


---------------------------------------------------------------------------------------------------------------
kenny rogers. :)
p/s : sakit mata kan tngk gmbr atas ni? -.-


then after main bowling,kitorang pergi lunch dkt Kenny Rogers
oh btw,hari ni kenny rogers ada buat event.
BUY 1 FREE 1 !

gilaa lah,kenyang tu!

so kitorang pun pi laa kat sana.
kitorang amik seat kat belakaaang sekali.

then kitorang panggil waiter,
kami : " bang,yang buy 1 free 1 ni mcm mana? "
waiter : " oh,adik kena pakai baju merah dulu baru boleh beli 1 percuma 1 "

kami semua diam jap.
ye lahh,kitorang manaa lah tahu kena pakai baju merah kalau nk makn free. -.-

time tu aku pakai baju putih,ada la SATU stripe warna merah.
aiman n bilal pakai baju biru
shauqi pakai jersi Malaysia
afif pakai baju hitam n annis pakai baju kelabu

aiman : " bang,kalau biru boleh bang?"
waiter : " ehh,x boleh. tapi kalau mcm ni pun dh boleh dh.. * tunjuk kt SATU-SATUnye stripe merah baju aku n jalur merah bendera malaysia bju shauqi * " -.-

hahaha! lebih baik x payah buat statement baju merah kan?
better bawak marker merah then conteng sikit laa baju kau,dh dpt makanan free.

waiter : " haa,adik berdua je la boleh beli 1 percuma 1"
aku : " haa,siapa ada pakai spender merah? ke korang nk pinjam boxer aku? merah juga! "
hahaha,buat lawak ngok jap :P

waiter : " tapi kalau adik ada barang warna merah pun boleh juga"

haaa,apa lagii.. aku terus keluar kan wallet aku.
dalam wallet aku ada kad, kat kad tu ada bintang kecik warna merah -.-

aku : " kad ni boleh kira bang? "
waiter : " haa,boleh la boleh laaa "
aiman : " alaa bang,cincai kira la bang. kami beli 3 percuma 3. ok? "
waiter : " haa,okaay okaay. korang pilih dulu order,nnti panggil k?" * lalu bla sekejap *

beberapa minit setelah membuat pilihan

*seorang waiter pompuan berbangsa india dtg*
waiter : " ye? "
kami : " haa,kami nak order yang buy 1 free 1 tu "
waiter : " tapi you all x pakai merah "
kami : " alaaa,tadi abg tu kata boleh! "
waiter : " haa? ya ka? sekijap "

minutes later ;

waiter : " haa boleh la. mau order apa? "
Kami : " hmm, quarter meal 3, then percuma 3 "
waiter : " ok,mahu perisa apa? "
aiman : " original satu,smoke bbq satu, korang nk apa? "
waiter : " haa,x bolehh,dia mesti kena sama. kalau order original,yang percuma pun original "

aku : " oh,kalau order original then percuma bbq x boleh?"
waiter : " x boleh "
aku : " kalau order bbq then percuma original? " <-- benda sama tapi kasi putar belit sikit!
waiter : " haa? kejap. mau tanya "

hahahaha,seronok betul kacau waiter sampai pening kepala!
beberapa minit kemudian

waiter : "offer ini x boleh ambil bbq set "
kami : " hahaha,ok2. then bagi 5 black pepper 1 original
waiter : " ok. minum? "
aku : " uishhh,air mahal seyhh! 6 ringgit satu! "
aiman : " alaaa,bilal sponsor! "
bilal : " banyak cantik kau. air boleh refill kan? "
waiter : " boleh "
aiman : " haa,beli satu then kite share ramai2. nnti habis refill! "

pergghhh,memang nk dkt tujuh lapan kali gak laa kitorang refill -.-
n ada laa beberapa waiter yg kitorang kacau lagii.

rupa-rupa nya bnyk waiter kt sini sume baru habis spm
HAMPEH,aku apply x dpt,diorang dpt. -.-
jeles aku.

sebagai contoh :

haha,btw kitorang mkn memang x tenteram lah.
orang depan kitorang BISING nk mampus

gelak mcm babi kuat -.-
so kadang2 kitorang join gak.
bila diorang gelak,kitorang gelak LAGI KUAT (walhal x de pape pun) hahaha!!

then suddenly bilal n annis terdengar sumthing.

bilal : " weyhh,diorang tngh sembang pasal blue (sex dan sebagainye) ek?
annis : " aah,aku pun dngr kot "
bilal : "shhh. diam2,kite dngr skali"

aku lumpy sikit time tu. tapi aku dngr beberapa kali la diorang ckp " SEX " n " SEX INTERCOURSE "
n ada satu part ni dioarang ckp apa ntah.
tapi maybe pasal ada minah buat sex pakai bikini kot XD

gilaa lah,diorang sembang KUAT GILAA -.-

then tibe2 slh sorang dia ckp
unknown : " uishh,kite dah la makan kt public. sembang pasal ni plak tu "

then aiman berbunyi dari meja kami 
aiman : " uishhhh,pompuan tu pakaai BIKINI??? "

" HAAHAHAAHAAH!! "
gilaaa lah! sume org gelak dowh!
habis satu kenny rogers bergegar sbb kami gelak.

bodoh punyaa mamat2 + minah2 tu.
sume muke stok baik2 je. pakai spek.
pompuan lak pakai tudung, n LABUH pulak tu aku tngk -.-
then sembang pasal SEX. fuhhh,menggugat keimanan sungguh XD

golongan sex maniac!


then lepas makan sume,kami mintak laa resit.
hha,serious bilal baik.
harga resit RM62 sumthing.

bilal bayar RM40.
haha,then baki tu sume tontong duit.
thanks bilal!

lepas makan,bilal n afif pun blaa.
tinggal aku,aiman n shauqi.

dari kiri : shauqi dan afif


kitorang mula2 jalan2,then dh penat tawaf.
kitorang duduk lepak je kt fudcourt.
sambil sembang2

mcm2 laa kitorang sembang.
haha,then pukul 5 sume dah nk kena balik dah sume ada hal masing2 -.-

tapi x kisah la,serious enjoy doh lepak hari ni :)

oh btw, credit to aiman coz menangkap gmbr kami guna camera Nikon D90 nya :)

Afeeq Aiman :)

p/s : aku menghabiskan masa aku selama dua jam semata-mata post ni -.-